Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SCDF kawal kebocoran kimia di Loyang

Feb 02, 2022 | 03:57 PM



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengerahkan pasukan bahan berbahaya (HazMat) dan pegawai bomba untuk mengawal satu kebocoran kimia di Loyang pada hari pertama Tahun Baru Cina.



SCDF dalam satu catatannya di Facebook pada Selasa (1 Feb) berkata bahawa ia menerima panggilan bantuan di 51 Loyang Drive, Estet Perindustrian Loyang, pada sekitar 5.05 petang.



Menurut portal maklumat digital OpenGov, premis itu dihuni Singapore Precision Repair and Overhaul, sebuah syarikat yang pakar dalam pembaikan dan baik pulih sistem dan komponen gear pendaratan pesawat dan merupakan anak syarikat ST Aerospace. 



SCDF berkata ketika mereka tiba di tempat kejadian, pasukan HazMat dapati asap kuning keluar dari bekas sisa kimia sebesar 4 meter kali 2 meter. Bekas itu ditempatkan di pekarangan syarikat tersebut.



“Kebocoran itu berpunca daripada botol dan tong dram yang disimpan dalam bekas dan mereka telah dibuang dalam beg HazMat untuk mengelakkan kebocoran lanjut,” kata SCDF.



SCDF menambah bahawa tiada kecederaan dilaporkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >