Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SCDF: Lebih banyak panggilan kecemasan tahun lalu akibat Covid-19

Feb 12, 2022 | 05:30 AM



PARAMEDIK Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menerima lebih banyak panggilan kecemasan tahun lalu sewaktu lonjakan jangkitan Covid-19, apabila lebih ramai orang memerlukan bantuan kecemasan.



SCDF menerima 213,615 panggilan Khidmat Perubatan Kecemasan (EMS) tahun lalu, meningkat 11.9 peratus berbanding 190,882 pada 2020, menurut perangkaan tahunannya yang dikeluarkan semalam.



Antara September hingga November tahun lalu, paramedik SCDF menerima 63,000 panggilan, 36.5 peratus lebih banyak berbanding tempoh yang sama pada 2020.



Menurut SCDF, sebahagian besar panggilan tersebut disebabkan oleh kes berkaitan Covid-19 yang kemudian dinilai bukan kecemasan kerana pemanggil tidak sakit tenat dan tidak perlu dihantar ke hospital.



"Kami menggesa orang awam untuk membuat panggilan 995 hanya untuk kecemasan yang mengancam nyawa atau mereka yang disahkan atau disyaki pesakit Covid-19 dan SCDF akan menghantar mereka yang menunjukkan simptom jangkitan pernafasan akut (ARI) atau keadaan perubatan serius ke hospital," kata SCDF.



Menurut SCDF ini bagi memastikan perkhidmatan penghantaran ke hospital yang lebih pantas dapat diberikan kepada golongan yang menghidapi keadaan kecemasan atau mengancam nyawa.



Panggilan keseluruhan EMS dibahagikan kepada tiga kategori; panggilan kecemasan, panggilan bukan kecemasan dan panggilan palsu.



Di bawah kategori panggilan palsu, SCDF berkata ia berkurangan 8.1 peratus daripada 6,094 ke 5,598.



Panggilan seperti ini merujuk kepada insiden di mana panggilan dibatalkan atau tiada pesakit yang dijumpai di tempat kejadian apabila paramedik tiba.



Antara lain, SCDF menerima lonjakan panggilan kecemasan sebanyak 13.1 peratus dengan 198,967 panggilan.



Sebanyak 80.2 peratus panggilan itu berkaitan perubatan.



SCDF juga telah menjawab sebanyak 1,844 panggilan berkaitan kebakaran, dan ini turun 1.8 peratus daripada tahun sebelumnya.



Terdapat 194 kecederaan kebakaran, meningkat daripada 184 dan tiga kematian dilaporkan pada 2021.



Kebakaran disebabkan peralatan elektrik merupakan punca utama yang menyumbang kepada 588 kes iaitu 31.9 peratus kebakaran.



Kebakaran kedua tertinggi sebanyak 408 kes melibatkan kes kebakaran ketika memasak.



SCDF akan terus mendidik orang ramai mengenai langkah pencegahan kebakaran, katanya.



Pengerusi Majlis Persediaan Kebakaran dan Kecemasan Awam Kebangsaan (NFEC), Encik Markman Shaw berkata:



"NFEC akan terus bekerjasama rapat dengan SCDF mengenai mesej mencegah kebakaran rumah dan mesej pencegahan kebakaran kepada masyarakat.



"Ini merupakan tanggungjawab kolektif dan semua orang mesti memainkan peranan memastikan rumah mereka selamat dari kebakaran."



SCDF telah menerbitkan edisi yang ke-9 bagi buku panduan kecemasan untuk mendidik penduduk Singapura mengenai keselamatan kebakaran dan kecemasan.



Buku panduan itu telah dikemaskini dan orang awam boleh memuatnaiknya dari laman web go.gov.sg/cd-emergency-handbook atau di aplikasi myResponder dalam Bahasa Inggeris, Melayu, Mandarin dan Tamil.




PANGGILAN KECEMASAN EMS SCDF 2021



r Meningkat 11.9% dari 190,882 ke 213,615



+ Kecemasan: 198,967 (93.15%)



+ Bukan kecemasan: 9,050 (4.24%)



+ Palsu: 5,598 (2.62%)




STATISTIK INSIDEN KEBAKARAN 2021



r Turun 1.8% dengan 1,877 panggilan



+ Premis perumahan: 1,010 (54.8%)



+ Bukan premis perumahan: 415 (22.5%)



+ Kawasan bukan bangunan: 419 (22.7%)



r Kecederaan kebakaran: 194



r Kematian: 3



Untuk memuatnaik buku kecemasan SCDF edisi ke-9, sila ke laman: go.gov.sg/cd-emergency-handbook




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >