Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SCDF, RSAF antara yang beri sentuhan lucu bagi video tular Gojek

Feb 04, 2019 | 03:21 PM



SELEPAS satu video tular yang menunjukkan seorang penumpang wanita menuduh seorang pemandu Gojek menculiknya menjadi topik perbualan hangat di media sosial sejak ia dimuat naik Khamis (31 Januari) lalu, beberapa pertubuhan telah memberi sentuhan lucu kepada beberapa frasa yang digunakan dalam video itu.



Kelmarin (2 Februari), Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memuat naik ke Facebook gambar dua pegawai dalam sebuah kenderaan – seorang lelaki yang memandu dan seorang wanita di tempat duduk belakang dan memegang walkie-talkie – dalam kedudukan yang sama seperti pemandu Gojek itu, Encik Kamaruzzaman Abdul Latiff, dan penumpangnya.





Menerusi laman Facebook mereka, SCDF menasihatkan orang ramai menghubungi 1777 atau menggunakan pengangkutan alternatif seperti teksi, Grab atau Gojek untuk mendapatkan rawatan perubatan yang sewajarnya dalam keadaan bukan kecemasan.



“Psst, pintu ambulans kami pun dikunci secara automatik demi keselamatan anda, jadi jangan cemas,” kata SCDF.



Dalam video yang tular itu, Encik Kamaruzzaman boleh didengar mengatakan bahawa pintu keretanya dikunci secara automatik selepas penumpang itu menjerit dan mengatakan bahawa dirinya ditahan sebagai tebusan.



Selain SCDF, beberapa pertubuhan dan agensi lain turut memberi sentuhan lucu mereka.



Menerusi laman Facebook mereka, Caltex Singapore memuat naik gambar kartun yang kelihatan seperti Encik Kamaruzzaman dan penumpangnya.



 





“Kereta anda mungkin ada fungsi kunci automatik, tetapi tali pinggang keledar anda tidak. Jangan lupa pakai tali pinggang keledar!” kata Caltex Singapore.



Dalam beberapa bahagian video tular itu, penumpang terbabit tidak memakai tali pinggang keledar.



Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) turut memuat naik gambar dua juruterbang dalam sebuah pesawat di laman Faceook mereka dengan mengatakan:



“Apabila (orang) di tempat duduk depan dan belakang bekerja dalam harmoni untuk melindungi ruang udara kita, walaupun dalam musim perayaan.



“Dan ya, kanopi (pesawat) ini dikunci secara automatik bagi keselamatan!”





Pengguna media sosial rata-ratanya menyambut baik sentuhan lucu yang diberi kepada video tular tersebut.



Seorang pengguna bernama William Sudirgo berkata:



“Orang yang bertanggungjawab dalam jabatan pemasaran SCDF wajar dinaikkan gaji! Mereka selalu muat naik pos yang tepat pada masanya!”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >