PASUKAN Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengambil bahagian dalam latihan operasi 'Redbrick' yang menggambarkan kejadian kebakaran di loji penapisan air yang dikendalikan agensi Air Negara, PUB, awal minggu ini.
Kerumitan operasi telah ditambah pada senario latihan untuk merangkumi pengurusan berbilang mangsa, kemalangan kenderaan yang mengakibatkan pemandu dan penumpang terperangkap, dan kehadiran gas mudah terbakar di kawasan itu.
Latihan ini dibuat sebegitu rupa bagi menguji dan mengesahkan keupayaan tindak balas SCDF selain kerjasama yang terjalin dengan Pasukan Respons Kecemasan Masyarakat (Cert).