Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SCDF tingkat pemeriksaan sempena musim perayaan

Dec 14, 2019 | 02:45 PM



PASUKAN Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan meningkatkan pemeriksaan penguatkuasaan keselamatan kebakaran di premis komersial serata Singapura sempena musim perayaan ini.



Dalam satu operasi penguatkuasaan semalam (13 Disember), SCDF memeriksa dua pusat beli-belah dan sembilan cawangan hiburan awam.



Mereka antara lain mendapati beberapa pencabulan keselamatan kebakaran termasuk langkah keselamatan kebakaran yang tidak diikut, halangan ke jalan keluar serta kerja keselamatan kebakaran yang dijalankan tanpa kelulusan yang diperlukan.





Ini menimbulkan risiko kebakaran dan akan menjejas usaha memindahkan orang dengan selamat semasa kecemasan, kata SCDF menerusi satu kenyataan hari ini.



“SCDF memandang serius pencabulan keselamatan kebakaran dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan tegas terhadap pesalah,” ujarnya.





Pesalah kali pertama boleh didenda sehingga $5,000.



Mereka yang mengulangi kesalahan itu akan didakwa di mahkamah dan jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda sehingga $10,000, dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.



Bagi kesalahan menjalankan kerja keselamatan kebakaran tanpa kelulusan pula, mereka boleh didenda sehingga $200,000, dipenjara sehingga 24 bulan atau kedua-duanya sekali.





Bagi tip keselamatan kebakaran, orang ramai boleh lungsuri laman web https://www.scdf.gov.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >