Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Schooling dinobat olahragawan negara buat kali keenam

May 15, 2019 | 12:59 AM



JAGUH renang Joseph Schooling berjaya membawa pulang anugerah Olahragawan Negara buat rekod kali keenam tahun ini di Majlis Anugerah Sukan Singapura malam tadi (14 Mei).



Atlit berusia 23 tahun itu pernah merangkul anugerah tersebut pada 2012 sebelum memenanginya lima kali berturut-turut dari 2014 hingga 2019.



Beliau menyertai srikandi tenis meja, Li Jiawei, dan perenang Patricia Chan sebagai atlit yang pernah memenangi anugerah terbaik dalam Anugerah Sukan Singapura sebanyak lima kali berturut-turut.



Li membolot gelaran Olahragawati Negara antara 2002 dengan 2005, manakala Chan dinobat atlit wanita terbaik negara dari 1968 hingga 1972.



Schooling, juara bertahan kuak kupu-kupu Olimpik 100 meter yang memenangi acara 50 meter dan 100 meter kuak kupu-kupu lelaki dalam Sukan Asia di Indonesia tahun lalu itu dicalonkan bersama atlit tenis meja negara yang kini sudah bersara, Gao Ning, dan juara dunia silat, Sheik Farhan Sheik Alau’ddin.



Gao, 36 tahun, menjuarai acara perseorangan lelaki dan beregu campuran dalam Sukan Komanwel Gold Coast tahun lalu dan kini menjadi jurulatih kebangsaan bagi pasukan lelaki.



Sementara itu, Sheik Farhan merupakan antara tujuh pesilat Singapura yang merangkul pingat emas dalam Kejohanan Pencak Silat Sedunia Ke-18 di sini tahun lalu.



Anugerah Olahragawati Negara jatuh kepada penembak negara, Martina Veloso yang memenangi buat julung kalinya.



Atlit berusia 19 tahun itu merangkul dua pingat emas di Sukan Komanwel dalam acara 10 meter rifel wanita dan 50 meter rifel ‘prone’.



Veloso menewaskan Roanne Ho (renang) Nurzuhairah Mohd Yazid (silat) dan Vera Tan (wushu) untuk anugerah itu.



Anugerah tersebut turut menyaksikan pasukan silat negara membolot tiga anugerah.



Sheik Alau’ddin Yaacob Marican dinobat sebagai Jurulatih Terbaik, manakala juara dunia dalam kategori tanding Kelas B (50-55kg), Muhammad Hazim Mohd Yusli pula meraih anugerah Atlit-Pelajar Lelaki Terbaik.



Pasangan Nur Azlyana Ismail dan Nurhanishah Shahrudin yang menjadi juara dunia bagi acara Seni Ganda Puteri di Kejohanan Pencak Silat Dunia melengkapkan malam penuh gemilangan skuad silat negara dengan memenangi Pasukan Terbaik bagi kategori Acara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >