Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Schooling kekalkan gelaran Olahragawan Negara buat tahun kelima

Jul 18, 2018 | 10:34 PM



JAGUH renang Joseph Schooling berjaya membawa pulang anugerah Olahragawan Negara buat rekod kali kelima tahun ini.



Pencapaiannya itu turut memecahkan rekod yang dipegang perenang Patricia Chan yang telah memenangi anugerah tersebut selama empat kali sebelum ini.



Kemenangan tersebut diumumkan di majlis Anugerah Sukan Singapura 2018 anjuran Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) malam tadi di Marina Bay Sands.



Juara Olimpik itu sebelum ini ditabal Olahragawan Terbaik pada 2012, 2015, 2016 dan tahun lalu.



Ditemui selepas acara itu, Schooling berkata bahawa walaupun beliau telah memenangi anugerah tersebut, tumpuan beliau hanyalah pada pencapaian akan datang.



“Malam ini memang seronok bagi saya dan juga keluarga serta semua yang telah menyokong.



“Memang saya terkejut dan berasa rendah diri tapi berharap lebih banyak anugerah dapat diraih selepas ini.



“Saya menghargai anugerah ini tapi sekarang tumpuan saya adalah pada cabaran seterusnya iaitu Sukan Asia. Jadi bagi saya ini usaha berterusan untuk terus memperbaiki diri,” katanya.



Bersama-sama dicalonkan bagi anugerah utama itu ialah atlit wushu, Jowen Lim; dan pelumba berbasikal, Calvin Sim.



Anugerah Olahragawati Terbaik pula diraih ratu tenis meja Feng Tianwei.



Sementara itu, anugerah Atlit-Pelajar Lelaki Terbaik dimenangi Muhammad Daniel Kei Mohammad Yazid dari sukan kapal layar dan Atlit-Pelajar Terbaik Perempuan pula diraih Debbie Soh (renang berirama).



Kategori Jurulatih Terbaik pula dimenangi Gary Tan, jurulatih skuad renang nasional.



Anugerah-anugerah tersebut telah disampaikan tetamu terhormat Speaker Parlimen Encik Tan Chuan-Jin yang juga Presiden SNOC dan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >