Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Schooling, Lim tekad berubah kerana guna dadah: Edwin Tong

Sep 03, 2022 | 04:52 PM



Juara Olimpik, Joseph Schooling dan pemenang pingat emas berulang Sukan Asia Tenggara, Amanda Lim, bertekad untuk berubah selepas mereka disiasat Biro Narkotik Pusat (CNB) bagi kesalahan mengambil ganja.



Bercakap kepada media di luar acara sambutan ulang tahun Belia Palang Merah Singapura yang ke-70 hari ini (3 Ogos), Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, berkata beliau telah berbual dengan kededua perenang itu dan mereka tahu yang mereka telah melanggar undang-undang.



"Mereka faham akan kesan situasi ini dan mereka bertekad untuk berubah dan menunjukkan yang mereka akan dipulihkan.



"Mereka tahu ia satu kesilapan, dan saya fikir mereka akan kembali dengan lebih kuat," kata Encik Tong.



Selasa lalu, badan sukan nasional Sport Singapore mendedahkan dalam satu kenyataan bahawa CNB telah menyiasat Schoolong, 27 tahun dan rakan renang nasional, Lim, 29 tahun kerana mengambil ganja.



Schooling yang merupakan satu-satunya pemenang pingat emas Olimpik negara, mengaku yang beliau mengambil dadah tersebut semasa beliau dalam tempoh pelepasan jangka pendek daripada perkhidmatan negara yang dijalaninya, Mei lalu.



Ujian air kencingnya bagi  dadah terkawal menunjukkan hasil negatif dan tindakan ke atasnya telah diambil Kementerian Pertahanan (Mindef).



Schooling telah diletakkan di bawah rejim ujian air kencing yang dipantau Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sebagai sebahagian daripada proses rawatan dan pemulihan.



Beliau juga diberi surat formal amaran dan tidak lagi layak diberi cuti atau tempoh pelepasan untuk berlatih  atau bersaing semasa dalam Perkhidmatan Negara (NS).



Lim pula diberi amaran keras oleh CNB di bawah Akta Salah Guna Dadah.



Encik Tong, yang juga Menteri Kedua Undang-Undang, berkata pengambilan dadah tidak dibenarkan di sini, dan Singapura mempunyai pendirian tegas terhadap dadah.



Beliau menambah:



"Tapi pada masa yang sama, saya fikir warga Singapura telah mempamerkan banyak sifat empati, sokongan, penjagaan dan kebimbangan demi kesejahteraan para perenang itu, yang telah tampil dan bertanggungjawab di atas kesilapan mereka.



"Mereka kini ingin menjalani pemulihan.



"Saya fikir kita beri mereka ruang untuk itu, dan sokong mereka dalam perjalanan mereka."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >