Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:30
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Scoot lancar laluan Singapura-Berlin

Jun 20, 2018 | 04:12 PM



SYARIKAT penerbangan tambang rendah Scoot kini menawarkan penerbangan ke Berlin, Jerman, empat kali seminggu.



Ini merupakan destinasi jarak jauh ketiga syarikat itu selepas Athens dan Honolulu.



Scoot melancarkan penerbangan pertamanya ke Berlin di Lapangan Terbang Changi hari ini (20 Jun), kata syarikat penerbangan itu menerusi satu kenyataan.



Penerbangan TR734 meninggalkan Singapura sekitar 12.25 pagi dan disambut meriah apabila tiba di Lapangan Terbang Berlin Tegel sekitar 7.20 pagi waktu tempatan (1.20 petang waktu Singapura).



Pesawat Boeing 787 Dreamliner itu membawa 311 penumpang dari pelbagai negara termasuk Singapura, Indonesia dan Australia, kata Scoot.



Penerbangan ke Berlin dari Singapura mengambil masa 13 jam manakala penerbangan dari Berlin ke Singapura pula mengambil masa 12 jam setengah.



Sempena pelancaran laluan itu, Scoot menawarkan tambang promosi dari Singapura ke Berlin, dari $239 bagi penerbangan antara 10 September ini hingga 15 Mac 2019.



Promosi itu berakhir 30 Jun.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >