Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:13
Maghrib
7:16
Isyak
8:23

Scoot lancar penerbangan ke London bermula 16 Disember

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Scoot lancar penerbangan ke London bermula 16 Disember

Nov 12, 2021 | 04:18 PM

SYARIKAT penerbangan bajet Scoot bakal melancarkan penerbangan ke London, Britain, melalui Bangkok, Thailand dari Singapura bermula 16 Disember ini.

Scoot berkata penerbangan itu akan dilangsungkan sebanyak tiga kali seminggu selama dua minggu, sebelum diteruskan semula pada 22 Mac tahun depan.

Masa perjalanan termasuk masa transit di Bangkok dijangka selama sekitar 16.5 jam, dengan tiket sehaluan berharga $434.

Namun, penumpang yang mahu mengelak kuarantin dalam perjalanan mereka antara Singapura dan London hanya boleh melakukannya dalam penerbangan Scoot ke London.

Penerbangan balik bukan termasuk dalam penerbangan yang ditetapkan dalam skim Laluan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL).

Oleh itu, mereka harus menempah penerbangan khusus VTL sama ada daripada British Airways atau SIA.

Scoot berkata pada Jumaat (12 Nov) bahawa ia akan menggunakan kapalterbang Boeing 787 Dreamliner yang boleh menempatkan seramai lebih 300 penumpang bagi perjalanan tersebut.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3