Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Scoot tawar penerbangan ke Greece

Tempahan tiket bermula hari ini untuk penerbangan bermula 20 Jun 2017
Aug 16, 2016 | 05:01 PM



KHIDMAT pesawat tambang murah, Scoot, kini menawarkan khidmat penerbangan ke Athens, Greece, bermula 20 Jun tahun depan.



Ini merupakan jarak penerbangan paling jauh merentasi Asia Pasifik dan Eropah yang ditawarkan Scoot dan adalah langkah pertama syarikat itu menawarkan khidmat penerbangan ke benua tersebut, umum Scoot hari ini.



Laluan Singapura-Athens yang merentasi lebih 10,000 kilometer itu akan memanfaatkan pesawat jenis Boeing 787-8 Dreamliner.



Pesawat kendalian Scoot ini akan dilengkapi dengan lapan ruang rehat untuk anak kapal dan sejumlah 329 tempat duduk, termasuk 18 di ScootBiz.



Menurut syarikat itu, Scoot menawarkan empat penerbangan dari Singapura ke Athens setiap minggu, yang akan berlepas pada 2 pagi (waktu Singapura) dan tiba di Athens sekitar 8.30 pagi waktu Athens.



Mulai hari ini hingga hujung bulan ini, Scoot menawarkan tambang sehala semurah $288 (termasuk cukai) untuk kelas ekonomi dan $888 untuk kelas bisnes.



Menurut Scoot, harga tambang yang ditawarkan adalah "mesra saku".



"Penumpang telah meminta kami menawarkan penerbangan ke Eropah, dan Scoot akhirnya memenuhi permintaan itu dengan rasa ghairah," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Budget Airlines Holdings, anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh SIA Group.



Penerbangan selama 11 jam setengah dari Singapura ke Athens diadakan setiap Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad - dengan pesawat berlepas pada 2 pagi, sementara pesawat dari Athens pula akan berlepas hari yang sama pada 12 tengah hari, menurut keizinan pihak berkuasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >