Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SDC tangani kerosakan cerun, batu jatuh susuli hujan lebat di Sentosa

Jan 17, 2023 | 05:30 AM



PERBADANAN Pembangunan Sentosa (SDC) sedang berusaha menangani kerosakan berkaitan cuaca di daerah hujung barat pulau itu setelah hujan lebat menyebabkan cerun terjejas dan kejatuhan batu di sana dalam beberapa tahun kebelakangan ini.



Tanjong Rimau mempunyai cenuram di pesisir pantai dan pantai berbatu, dan juga merupakan sempadan barat Fort Siloso, yang diwartakan sebagai monumen negara pada Februari 2022.



Pada Oktober 2022, agensi itu mula mencari konsultan untuk mengkaji keadaan sedia ada cerun Tanjong Rimau dan menjalankan langkah-langkah untuk menjadikannya selamat, jika perlu.



Secara berasingan, SDC juga akan menilai isu perkolaman dan pengaliran saliran di Fort Siloso, setelah ini dilihat di beberapa bahagian pengukuhan pesisir pantai yang dibina pada 1878.



Pada Disember 2022, agensi itu mencari konsultan untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan bagi peningkatan saliran yang dicadangkan bagi kubu tersebut.



SDC memberitahu The Straits Times dalam satu kenyataan bahawa kedua-dua kajian dijadualkan untuk bermula pada suku kedua 2023.



Dalam dokumen perolehan, agensi itu berkata kawasan pesisir pantai Tanjong Rimau "telah menjalani hakisan secara tetap sepanjang beberapa tahun lalu," sambil menambah bahawa "kegagalan cerun ketara" dilihat di dua lokasi pada awal 2020 setelah hujan lebat.



Pada awal 2021, kejatuhan batu berlaku di dua lokasi lain, sementara kegagalan cerun kecil dilihat di tempat ketiga.



Tiga tiang lampu cari berada berdekatan lokasi yang terjejas pada 2021.



Imej yang disiarkan SDC menunjukkan bahawa pokok telah tumbang akibat kegagalan cerun, sementara batu yang telah jatuh dapat dilihat di bawah dua tiang yang menyokong laluan pejalan kaki yang menghubungkan dua tiang lampu cari.



Agensi itu berkata kesan kegagalan cerun dan kejatuhan batu "tidak menyebabkan kerosakan ketara terhadap warisan binaan atau semula jadi kawasan itu", dan menambah bahawa kawasan terjejas tidak boleh diakses orang awam dan akan terus menjalani pemeriksaan tetap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >