Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SDP gagal kemuka rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Pofma

Jul 26, 2022 | 05:30 AM



PARTI Demokratik Singapura (SDP) gagal dalam percubaannya mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung satu kes Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma), dengan Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa kes sedemikian tidak didengar di mahkamah tertinggi negara ini secara automatik.



Dalam keputusannya semalam, Mahkamah Rayuan berkata kes di bawah undang-undang berita palsu itu tidak termasuk di bawah kategori khas dan harus melalui ujian guaman yang sama sebelum diberi kebenaran mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.



Tambahnya, ini disokong oleh kenyataan undang-undang relevan dan sejarah perundangan.



Mahkamah Rayuan berkata:



"Tiada alasan kukuh untuk mewujudkan kategori khas ini untuk menentukan sama ada kebenaran untuk mengemukakan rayuan harus diberi."



SDP dikenakan arahan pembetulan Pofma pada 4 Julai 2020 semasa tempoh berkempen bagi pilihan raya umum ketika itu berhubung dakwaannya di Facebook bahawa Singapura sedang menyasarkan untuk meningkatkan jumlah penduduk hingga mencapai 10 juta orang menjelang 2030.



Selepas permohonannya untuk membatalkan arahan pembetulan itu ditolak, parti itu mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi.



Mahkamah Tinggi sebelum ini memutuskan untuk tidak membatalkan arahan pembetulan itu, dengan menyatakan bahawa adalah jelas SDP sengaja membuat dakwaan berhubung jumlah penduduk itu meskipun mereka tahu ia tidak benar.



SDP kemudian meminta kebenaran untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.



Dalam menolak permohonan SDP semalam, Mahkamah Rayuan berkata kebenaran untuk membenarkan rayuan itu dikemukakan hanya akan diberi sekiranya satu atau lebih daripada tiga sebab bagi membenarkan rayuan dikemukakan dapat dibuktikan.



Ini termasuk kesilapan dalam keputusan Mahkamah Tinggi, faktor prinsip umum dan faktor kepentingan.



Mahkamah Rayuan berkata SDP gagal membuktikannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >