Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sebab semput anak bapa yakin henti merokok

Jun 01, 2019 | 05:30 AM



SUDAH banyak kali Encik Shahreil Bakri, 38 tahun, cuba untuk berhenti merokok.



Beliau pernah mendaftarkan diri untuk program I Quit oleh HPB secara dalam talian tetapi tidak pernah mengikuti sebarang programnya.



Malah, isterinya sendiri juga pernah memberinya gula-gula getah nikotin dan juga tampalan nikotin tetapi semuanya tidak mendatangkan hasil.



"Nak makan nicotine gum agak leceh, banyak syaratnya," katanya.



Beliau juga akui bahawa percubaan untuk henti merokok tidak berjaya kerana dahulu beliau tidak berniat untuk berhenti merokok. Semuanya atas desakan keluarga.



Apabila anaknya dimasukkan ke hospital akibat diserang semput yang mungkin disebabkan oleh asap rokok, barulah Encik Shahreil benar-benar yakin untuk berhenti merokok.



Beliau juga memberitahu dirinya bahawa beliau melakukan semua ini kerana ingin melihat anak-anaknya membesar dan hidup secara sihat dan cergas.



Bahkan, Encik Shahreil berhenti merokok secara mendadak. Pada tahun 2016, beliau menghisap batang rokoknya yang terakhir dan mulai hari itu, beliau tidak mencari rokok lagi.



"Pada hari itu, kotak rokok dah habis, dah habislah maknanya. Tak nak sentuh rokok lagi," tambah beliau.



Pada mulanya, beliau tidak memberitahu ahli keluarga bahawa beliau telah berhenti merokok. Setelah sebulan jauhi diri daripada rokok, barulah Encik Shahreil memberitahu isterinya.



"Mereka terkejut sebab saya tak pernah hisap rokok depan mereka. Mujur mereka beri sokongan pada saya," kata Encik Shahreil.



Apabila ditanya jika beliau ada sebarang kesan setelah berhenti merokok, beliau berkata bahawa emosinya tidak stabil pada 2 minggu pertama.



"Saya rasa lebih selera untuk makan sebab deria rasa saya semakin baik," katanya.



Bukan itu sahaja, beliau juga tidak mudah penat apabila melakukan senaman di gim.



Progam I Quit juga telah menolong Encik Shahreil dalam prosesnya untuk berhenti merokok.



Ini kerana beliau tahu adanya sebuah masyarakat yang sedang menjalani perkara yang sama dengannya dan beliau tidak keseorangan dalam perjalanan ini.



Beliau juga mengatakan sekiranya ingin berhenti merokok, harus dengan penuh hati dan mencari motivasi tersendiri kerana setiap orang mempunyai sebab masing-masing yang boleh mendorong mereka untuk berhenti merokok.



Orang ramai boleh mengunjungi reruai I Quit yang terletak Bazar Geylang Serai pada bulan Ramadan ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >