MENTERI Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, memberitahu para pemimpin dunia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa pemerintah Singapura tidak akan 'melonggarkan' dasarnya berhubung dadah, sambil menolak seruan beberapa negara supaya ia mengubah pendekatannya berkaitan isu itu.
Bercakap di Perhimpunan Agung PBB di New York kelmarin (waktu Amerika Syarikat), Encik Shanmugam berkata beliau tidak terpengaruh dengan retorik yang beliau dengar dalam mesyuarat itu.