Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sebabkan banjir: Firma binaan akan dikenakan tindakan

Sep 12, 2021 | 05:30 AM



AGENSI air negara PUB akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap Samwoh Corporation Pte Ltd, setelah siasatan mendapati syarikat binaan itu melakukan kerja saliran tanpa izin yang mengakibatkan banjir kilat hampir dua jam di simpang Tampines Avenue 10 dan Pasir Ris Drive 12 pada 20 Ogos.



Siasatan PUB menunjukkan banjir itu terjadi kerana Samwoh menyekat longkang tepi jalan dan mengalihkan aliran air ribut ke bahagian longkang baru yang masih dalam binaan.



Menurut PUB, Samwoh gagal membuat permohonan daripada PUB untuk meneruskan kerja pengalihan aliran air yang dicadangkan sebelum ini.



"Bahagian aliran baru itu tidak disambungkan dengan betul kembali ke longkang yang ada dan sebahagiannya terhalang oleh perancah," kata PUB.



"Kerja penyaliran Samwoh yang tidak dibenarkan secara signifikan menghalang aliran air ribut ke Sungei Api Api, dan mengakibatkan air banjir terkumpul di lalu lintas simpang itu kerana ia titik paling rendah di kawasan itu," jelas PUB dalam satu kenyataan.



Ia menyatakan kawasan itu tidak mudah banjir dan sistem saliran air ribut mencukupi untuk mengatasi kelebatan hujan pada 20 Ogos.



Ketika banjir kilat, sensor paras air PUB menunjukkan Sungei Api Api yang mengalirkan air ke laut, hanya sekitar 50 peratus semasa kejadian tersebut.



Menurut PUB, tiga perkara utama menghalang air mengalir daripada aliran baru itu, termasuk halangan longkang sedia ada dengan bongkah konkrit.



Selain itu, terdapat perancah di dalam longkang itu dan juga sambungan belum siap dari longkang baru ke longkang sedia ada.



PUB berkata ia kemudian mengarahkan Samwoh melakukan kerja pembetulan segera untuk memindahkan semua halangan itu dan memastikan air ribut dapat mengalir secara berkesan di bahagian longkang.



Projek yang dikendali Samwoh melibatkan kerja melebarkan Tampines Avenue 10. Ia dijangka siap pada suku keempat tahun depan.



Banjir pada 20 Ogos menjejas kira-kira 200 meter lalu lintas simpang tersebut, dengan air banjir sedalam 50 sentimeter di beberapa kawasan. Kira-kira 13 kenderaan tenggelam sebahagiannya.



Di bawah undang-undang, pesalah boleh didenda hingga $50,000 bagi kerja yang menjejas sistem saliran air ribut, dan hingga $20,000 bagi pengubahan sistem saliran air ribut tanpa izin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >