Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sebahagian besar dari 320,000 flat dibina hingga 1986 telah jalani HIP

Mar 03, 2021 | 05:30 AM



SEBAHAGIAN besar daripada 320,000 flat yang layak dan dibangunkan sehingga 1986 telah menjalani kerja-kerja peningkatan di bawah Program Peningkatan Rumah (HIP) kendalian Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).



Daripada jumlah tersebut, sekitar 215,000 unit daripada 230 projek telah selesai kerja-kerja peningkatannya, sementara 96,800 unit sedang dalam proses kerja peningkatan di bawah program tersebut, kata HDB dalam satu kenyataan semalam.



HIP diperkenalkan pada 2007 bagi mempertingkat keselamatan dan keselesaan penduduk.



Skim tersebut sebelum ini ditawarkan kepada pemilik flat yang dibina sehingga 1986 dan belum menjalani program peningkatan utama.



Setakat 31 Mac tahun lalu, HDB sudah membelanjakan sekitar $3.2 bilion bagi HIP.



Di bawah skim itu, pemerintah menanggung kos penuh untuk memperbaiki keretakan struktur dan pengelupasan konkrit, mengganti paip untuk pembuangan sampah dan najis, serta meningkatkan kekuatan tenaga elektrik di flat yang layak.



Program itu dapat diteruskan hanya apabila sekurang-kurangnya 75 peratus isi rumah di sesebuah blok yang layak, yang terdiri daripada warga Singapura, memilih untuk meneruskannya.



Pemilik flat mempunyai pilihan untuk penambahbaikan lebih lanjut seperti menaik taraf tandas, pintu, pintu jeriji dan corong sampah.



Bergantung kepada jenis flat, mereka akan membayar antara 5 peratus dengan 12.5 peratus, atau antara $550 dengan $1,375 untuk peningkatan itu.



Penduduk boleh memilih memasang kemudahan yang sesuai untuk golongan warga emas, seperti palang pemegang dan lantai antigelincir di bilik mandi.



Tanjakan juga boleh dipasang di hadapan pintu masuk flat.



Semua itu juga sebahagian daripada program Peningkatan Bagi Warga Emas Aktif (Ease).



Program tersebut menerima lebih 234,000 permohonan daripada pemilik flat.



Cik Lai Swee Lan, 82 tahun, merupakan antara penduduk yang meraih manfaat daripada program tersebut.



Beliau berkerusi roda sejak terjatuh pada Jun tahun lalu. Keadaannya itu membuatnya memilih untuk memasang tanjakan di pintu masuk flatnya.



"Ia mudah. Saya boleh keluar bila-bila masa sahaja. Kalau tidak, saya perlu tunggu pembantu rumah dan ia sukar untuknya. Saya tidak mahu perkara menjadi susah. Saya keluar bila saya ada urusan, bila saya membeli sayur-sayuran atau membeli sarapan," kongsinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >