Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sebahagian Upper Aljunied Road ditutup mulai 12 Mac bagi dijadikan Jejak Warisan Bidadari

Mar 10, 2017 | 12:18 PM



BEBERAPA bahagian Upper Aljunied Road akan ditutup selama-lamanya kepada lalu lintas mulai Ahad (Mac 12), manakala sebatang jalan baru yang dijajarkan semula akan menggantikannya, kata Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Sebahagian Upper Aljunied Road sedia ada akan dijadikan laluan pejalan kaki dan sebuah Jejak Warisan Bidadari sepanjang 700m akan diwujudkan bagi kawasan perumahan Bidadari.

"Upper Aljunied Road sedia ada akan berubah menjadi Jejak Warisan, yang dipenuhi pokok-pokok matang dan mengabadikan memori warisan kaya Bidadari," kata HDB dalam satu kenyataan akhbar pada Jumaat (10 Mac).

Upper Aljunied Road baru, yang akan mempunyai satu lagi lorong di setiap arah, akan dibuka kepada lalu lintas pada Ahad.

Dua bahagian Upper Aljunied Road sedia ada yang akan ditutup ialah:

- Bahagian antara Upper Serangoon Road dan Bidadari Park Drive (sedang dalam pembinaan); dan

- Bahagian yang terhubung dengan Mount Vernon Road ke Upper Aljunied Road yang dijajarkan semula.

Bahagian baki yang membawa ke Vernon Park Road dan Mount Vernon Columbarium serta rumah pengebumian akan kekal dibuka kepada lalu lintas, dan dihubungkan dengan Upper Aljunied Road baru.

Dengan penutupan jalan itu, simpang di Upper Serangoon Road dan Upper Aljunied Road akan ditiadakan, dan lorong pusingan-U baru disediakan di bawah jejambat Upper Serangoon Road.

Pengadang dan tanda lencongan akan diletak untuk membantu pengguna jalan raya.

Jejak Warisan itu akan menghubungkan Alkaff Lake, yang akan dibina di selatan Upper Aljunied Road sedia ada, dengan Taman Bidadari di utara.

Sejak November 2015, HDB telah melancarkan sekitar 4,800 flat di enam projek perumahan awam generasi baru di Bidadari.

Sebanyak 1,340 flat lagi akan ditawarkan untuk dijual pada Mei 2017.

Kediaman privet juga akan dibina di kawasan itu, dengan tapak campuran komersial dan rumah.

Tapak kediaman privet pertama dijangka menawarkan kira-kira 825 rumah privet, kata HDB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >