Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

'Sebak hilang rakan, abang dan mentor'

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PEMERGIAN PELAWAK ALIAS KADIR

'Sebak hilang rakan, abang dan mentor'

Jun 29, 2021 | 05:30 AM

PEMERGIAN pelawak Alias Kadir sekitar 7.53 pagi semalam meninggalkan kesan mendalam buat sebilangan anak seni mahupun penonton yang kagum dengan kespontanan dan terkesan dek budi baiknya.

Allahyarham yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-58 pada 18 Jun lalu di Hospital Universiti Nasional (NUH) mengalami pendarahan dalaman selepas lebih sebulan dirawat kerana komplikasi penyakit menyusuli kaki kanannya dipotong akibat kencing manis. Selain jangkitan kaki yang serius, beliau mengalami radang paru-paru dan asidosi metabolik atau kondisi di mana terdapat ketidakseimbangan asid-bes dalam badan.

Pada 2017, kaki kiri Allahyarham yang nama sebenarnya Mohd Osman Ahmad, dipotong kerana kencing manis.

Dalam usaha meringankan beban kos rawatannya, Jamiyah Singapura mengumumkan Projek Permata bagi mengumpulkan $100,000.

Anaknya, Encik Jumaat Azhar, 29 tahun, menjelaskan ayahnya sudah tidak mampu bercakap sejak lima hari lalu.

"Kali terakhir, bapak tanya tentang cucu dan kepingin makan mi siam, tose dan wade serta minum jus limau kegemarannya. Semangat juang melawan penyakit ada tapi sudah tersurat begini," tambahnya.

Allahyarham, yang bermula sebagai peserta Pesta Drama Komedi Sriwana 1986, kali terakhir muncul dalam program Raya digital, Semarak Lebaran, kendalian Wisma Geylang Serai (WGS) dan Wadah Seni.

Kata pengasas Wadah Seni, Cik Siti Aminah Ismail:

"Abang Alias tak banyak rewel. Datang seawal 10 pagi, sabar menanti walaupun rakaman mula 8.30 malam. Beliau bersahaja. Dari skrip yang diberi, beliau spontan jadikannya lebih kelakar."

Pelawak Hamzah Adon yang pernah menghasilkan lagu Superstar dengan Allahyarham di bawah duo Les Enja, menambah:

"Abang menyorok kesusahannya kerana tak suka susahkan teman. Saya sebak sebab kehilangan rakan, abang dan mentor yang banyak ajar tentang selok-belok dunia seni."

Penggubah lagu Superstar, Faizal Sapuan, pula menganggap arwah tidak menghampakan dengan semangat suka membantu.

Presiden Jamiyah, Dr Mohd Hasbi Abu Bakar, berkata Projek Permata dihentikan dengan dana terkumpul diserah pada keluarga arwah bagi melunas bil hospital dan urusan lain.

Allahyarham, yang meninggalkan dua balu dan lapan anak, selamat dikebumikan di Pusara Abadi semalam.

Laporan lanjut:

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3