Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Sebar berita palsu, pelajar diberi amaran keras

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Sebar berita palsu, pelajar diberi amaran keras

Apr 07, 2015 | 05:07 PM

POLIS telah mengeluarkan amaran keras ke atas seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun yang memuatnaikkan pengumuman palsu pada 18 Mac lalu berhubung kematian mantan perdana menteri, mendiang Lee Kuan Yew.

Dalam kenyataan media hari ini, jurucakap Pejabat Peguam Negara (AGC) menyatakan, pelajar berkenaan bertindak sendirian dan telah menyebarkan rakaman gambar, kononnya dari laman Pejabat Perdana Menteri (PMO), mengumumkan tentang kematian Encik Lee.

"Selepas siasatan, polis mengenalpasti asas gambar itu. Seseorang, dikenalpasti sebagai seorang pelajar bawah 16 tahun ("Z"), telah dikesan, dan disoalsiasat.

"Tiada pencerobohan ke atas laman berkenaan atau berlakunya kemasukan tanpa izin ke atas laman PMO.

"Paling penting sekali, Z tidak sesekalipun berniat melihat mesej palsu itu disebarkan dengan meluas.

"Z menyatakan bahawa dia mereka imej itu kerana kurang senang dengan pelbagai khabar angin berhubung kematian Encik Lee.

"Z ingin menunjukkan kepada rakan-rakannya betapa mudah untuk sesebuah berita palsu disebarkan.

"Z telah mengongsi imej itu dengan rakan-rakannya. Kurang dua minit kemudian, beliau memaklumkan kepada rakan-rakannya imej berkenaan bukan foto sebenar, tetapi ketika itu, ia telah pun disebarkan oleh seorang atau lebih seorang penerima asal imej tersebut.

"Selepas menjalankan siasatan rapi, Polis merujuk perkara ini kepada Pejabat Peguam Negara. AGC kemudian mengarahkan agar 'Z' dikenakan amaran keras (di hadapan ibu bapanya) kerana melanggar seksyen 45 Akta Telekomunikasi," demikian menurut jurucakap AGC.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3