Sebar foto nahas Bionix SAF: Lelaki keempat didenda $3,000
LELAKI keempat didenda semalam atas kesalahan menyebarkan gambar kemalangan melibatkan kenderaan berperisai Bionix dengan Land Rover Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang mengorbankan Koperal Kelas Pertama (CFC) Liu Kai pada 2018.
Mohammad Haikal Mohd Zainal Abiddin, 21 tahun, sedang menjalani Perkhidmatan Negara (NS) sebagai anggota Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) ketika gambar itu disebarkan.