MAJLIS Mencegah Penyalahgunaan Dadah Kebangsaan (NCADA) dan Biro Narkotik Pusat (CNB) akan mengadakan konsert muzik pada 16 Jun di Dewan Konvensyen 6, Suntec City.
Konsert yang bertujuan menggalakkan gaya hidup bebas dadah di kalangan belia itu akan menampilkan artis tempatan iaitu Inch Chua, Duo Scarlet Avenue, The Sam Willows, THELIONCITYBOY, selain Taufik Batisah.