Sebelum ini dikenali sebagai Ustaz... ...Kini dikenali juga sebagai usahawan, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:53
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:40
Maghrib
7:18
Isyak
8:31
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Sebelum ini dikenali sebagai Ustaz... ...Kini dikenali juga sebagai usahawan

Ustaz 'korban' kerja tetap di masjid demi bantu niaga keluarga jual ikan dan ayam di pasar yang diperluas ke wadah dalam talian demi harungi cabaran pandemik
Nov 20, 2021 | 05:30 AM

SEBELUM ini, beliau dikenali sebagai ustaz.

Kini, Ustaz Abdul Syakur Halid turut dikenali sebagai usahawan yang menjual ikan dan ayam di dalam talian.

Seperti banyak perniagaan lain, gerai keluarganya - yang terletak di pasar basah di Gangsa Road - teruk terjejas semasa tempoh pemutus litar hampir dua bulan pada tahun lalu, apabila sekatan pergerakan di serata negara dilaksana dan pelanggan ke pasar basar berkurangan.

Sebaliknya, Ustaz Syakur melihat ramai pegerai tradisional mula menjual produk mereka di dalam talian dan ini mendorongnya untuk membawa perniagaan keluarga yang dimulakan sekitar 10 tahun lalu itu ke pasaran digital - selain mengekalkan perniagaan di pasar fizikal.

"Ketika itu, ramai yang tidak boleh keluar dan perlu berbelanja di rumah. Banyak perniagaan terjejas atas langkah keselamatan itu.

Halal Home Based Business
OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Tetapi saya melihat ia suatu peluang keemasan untuk membawa bisnes keluarga kami ke pasaran dagangan elektronik dan terus kekal bertahan walaupun terjejas banyak," kata Ustaz Syakur, 27 tahun.

Justeru, pada April tahun lalu, beliau mengambil keputusan berat meninggalkan jawatan sebagai pegawai agama di Masjid Al-Mukminin di Jurong East untuk memberi tumpuan kepada perniagaan keluarganya itu.

Namun, tidak semuanya mudah bagi Ustaz Syakur yang tidak mempunyai pengalaman berniaga ataupun pengetahuan mendalam mengenai pemasaran digital.

"Saya fikir ia agak mudah... hanya perlu muat naik gambar dan pasarkan di wadah yang sedia ada. Namun, kemudian saya sedar ada peniaga lain juga yang buat benda yang sama, justeru saya perlu fikirkan bagaimana dapat membezakan niaga saya dengan yang lain-lain itu," kata bapa seorang anak itu.

Lantas dengan keazaman beliau untuk berjaya dalam bidang ini, Ustaz Syakur dengan sendirinya menimba pengetahuan dalam bidang pemasaran digital.

Abang iparnya, Encik Khairul Anwar Mahbob, turut membantu dan melakarkan laman web bagi meluaskan pemasarannya itu.

Dinamakan ini.berapa, perniagaan digital keluarga Ustaz Syakur semakin ramai dilanggani pelanggan selepas beliau aktif mempromosikan produk jualan seperti daging ayam, ikan dan udang di wadah media sosial seperti Facebook dan Instagram di mana beliau mempunyai lebih 4,000 pengikut.

Laman media sosial itu turut tertera pautan ke laman web perniagaannya, di mana pelanggan boleh membuat tempahan.

Selain mengendalikan akaun digital perniagaan itu, beliau juga menghantar pesanan pelanggan ke serata Singapura.

Ustaz Syakur juga gembira dapat memanfaatkan pengalaman ibu bapanya berniaga di pasar secara fizikal untuk memenuhi permintaan pelanggan menerusi laman web.

"Contohnya, ada yang minta ikan atau daging dipotong ikut saiz berbeza-beza.

"Dengan pengetahuan itu, saya dapat menyesuaikan permintaan pelanggan di dalam talian supaya mereka dapat layanan yang sama seperti di gerai fizikal," ujar beliau.

Untuk menarik dan mengekalkan pelanggan, Ustaz Syakur cuba memberi maklumat tambah nilai ke dalam wadah elektronik itu.

"Selain barang-barang yang dipasarkan, saya juga meletakkan resipi makanan untuk memberi pelanggan cadangan hidangan yang boleh mereka masak dengan daging atau ikan yang dibeli," katanya yang juga meletakkan maklumat khasiat bagi barang pasarannya di pelbagai platformnya itu.

Meskipun kini selesa menjalankan bisnes, Ustaz Syakur tidak lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang pendakwah yang diiktiraf di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).

Setiap Sabtu, beliau mengajar secara sambilan menerusi dalam talian di Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri serta menjadi khatib solat Jumaat di beberapa masjid tempatan.

"Nabi mengajar bahawa kita perlu berkhidmat dan utamakan kededua ibu bapa kita dahulu. Selain itu, kita tidak boleh lupa akan masyarakat dan menjaga mereka juga," pesan Ustaz Syakur, rendah hati.


"Ketika itu, ramai yang tidak boleh keluar dan perlu berbelanja di rumah. Banyak perniagaan terjejas atas langkah keselamatan itu. Tetapi saya melihat ia suatu peluang keemasan untuk membawa bisnes keluarga kami ke pasaran dagangan elektronik dan terus kekal bertahan walaupun terjejas banyak... Nabi mengajar bahawa kita perlu berkhidmat dan utamakan kededua ibu bapa kita dahulu. Selain itu, kita tidak boleh lupa akan masyarakat dan menjaga mereka juga."
- Ustaz Abdul Syakur Halid, mengenai tugasnya mengimbangi antara membantu niaga keluarga dengan tanggungjawabnya terus berdakwah.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map