Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Seberang jalan sebarangan, wanita terpelanting setelah dilanggar kereta

Jul 24, 2019 | 08:09 AM



SEORANG pejalan kaki yang melintas jalan sebarangan terpelanting setelah dilanggar kereta ketika menyeberang Balestier Road kelmarin (Isnin, 22 Julai).



Polis berkata pihaknya diberitahu tentang kejadian di Balestier Road menuju Lavender Road pada 5.29 petang.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata wanita berkenaan didapati mengalami kecederaan ringan. Beliau tidak mahu dibawa ke hospital.



Video yang menunjukkan kejadian tersebut dikongsi di Facebook Roads.sg dan SG Road Vigilante semalam dan telah mendapat lebih 50,000 tontonan, menurut laporan The Straits Times.



Rakaman video itu menunjukkan wanita tersebut cuba menyeberang jalan dari kanan apabila dia dilanggar sebuah kereta hitam yang sedang memandu di lorong paling kanan jalan tersebut.



Wanita itu, yang tidak menggunakan laluan penyeberang, terpelanting dan tercampak ke kereta berwarna perak di lorong tengah, sebelum terjatuh ke jalan raya.



Kedua-dua pemandu kereta yang terlibat turun untuk membantunya.



Beberapa pengguna Internet mengatakan wanita itu tidak berhati-hati ketika menyeberang dan ada yang mengatakan beliau berada di 'blind spot' pemandu ketika pelanggaran itu berlaku.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >