Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sebilangan warga SG akan ditawar bantuan $1,000 pada Jun

Jun 04, 2020 | 07:09 PM



GOLONGAN warga setempat yang berpendapatan rendah, berusia lebih 49 tahun dan mempunyai sekurang-kurangnya satu anak berusia 20 tahun ke bawah akan menerima pembayaran bantuan sebanyak $1,000 pada Jun ini untuk membantu mereka menampung kos kehidupan, di bawah skim yang telahpun diumumkan pemerintah sebelum ini.



Dengan bantuan itu, jumlah perbelanjaan secara keseluruhan yang dihulurkan kepada warga Singapura di bawah Pakej Penjagaan dan Sokongan serta Pakej Perpaduan tahun ini mencecah $3.5 bilion, lapor The Straits Times (ST).



Giliran pembayaran kedua kepada individu di bawah Pakej Penjagaan dan Sokongan - sejumlah $600 atau $300 berdasarkan pendapatan masing-masing - akan dikreditkan ke dalam akaun bank warga setempat mulai 18 Jun ini, kata Kementerian Kewangan pada Khamis (4 Jun).



Golongan ibu bapa yang mempunyai sekurang-kurangnya satu anak warga Singapura berusia 20 tahun ke bawah pada tahun ini turut akan menerima lagi $300, manakala warga setempat berusia 50 tahun ke atas akan menerima lagi $100 tunai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >