Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sedia berkhidmat untuk negara tanpa mengira waktu

Jun 19, 2018 | 05:30 AM



Singapura menjadi tuan rumah bagi Sidang Puncak Amerika Syarikat–Korea Utara minggu lalu. Walaupun ia berlangsung pada minggu terakhir Ramadan dan hanya beberapa hari sebelum Aidilfitri, pegawai Melayu/Islam tidak mahu terlepas peluang terlibat sama dalam pertemuan bersejarah antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un itu. Wartawan NORHAIZA HASHIM (norhaiza@sph.com.sg) dan NUR DHUHA ESOOF (nurdhuha@sph.com.sg) mengongsi pengalaman tiga pegawai Melayu/Islam yang berpeluang memainkan peranan penting di depan dan balik tabir sidang puncak penuh bermakna itu.



ISNIN, 11 Jun.



Jam 5 pagi.



Sedang ramai yang masih bersahur di rumah, Pegawai Waran (WO) Satu Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Mohammed Zulkasyfi Yunos, sudah pun berada di Balai Bomba Sengkang.



Hari itu beliau diberi tugas penting mengikut konvoi seorang pemimpin ekonomi terbesar di dunia.



Teknisyen perubatan kecemasan (EMT) diberi amanah menjadi Komander Seksyen bagi Kenderaan Bomba-Perubatan (FMW) yang mengikut limosin 'The Beast' Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, yang berada di Singapura bagi sidang puncak bersejarah antara beliau dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.



Inilah kali pertama beliau diberi tugas berat itu untuk mengiringi seorang tokoh pemimpin besar dunia - tugas yang hanya beliau ketahui seminggu sebelum sidang itu diadakan.



"Jam 4 pagi, selepas bersahur di rumah saya di Anchorvale, saya terus ke Balai Bomba Sengkang untuk menunggu masa untuk dikerah,'' singkap Encik Zulkasyfi, 35 tahun.



FMW menggabungkan kenderaan bomba yang dapat memadamkan api, serta ambulans bagi menyediakan khidmat kecemasan.



Pada hari itu, FMW menunggu berdekatan dengan Hotel Shangri-La, tempat tinggal Presiden Trump, sebelum mengikut konvoinya ke Istana bagi Presiden Trump menemui Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



"Rasa bangga dapat mengikut konvoi Presiden Trump untuk menjalankan tugas. Itu juga kali pertama saya menjejakkan kaki ke Istana,'' kata Encik Zulkasyfi.



Selepas mengikuti konvoi menghantar Presiden Trump pulang ke hotel, beliau dan rakan-rakannya kembali ke Balai Bomba Sengkang untuk menunggu dikerah lagi.



"Masa amat dinamik. Selain rancangan yang sudah dijadualkan, pemimpin negara itu boleh memutuskan untuk ke destinasi lain. Para pegawai harus standby kerana bila-bila masa boleh dikerah.



"Nasib menyebelahi kami kerana ia tidak berlaku kepada kami pada hari itu tetapi ia berlaku kepada rakan-rakan saya yang lain yang mengikut Kim Jong Un setelah beliau memutuskan untuk pergi ke Taman di Persisiran,'' tambahnya.



Beliau boleh menghela nafas lega kerana menjalankan tugas itu dengan baik walaupun penat berpuasa dan mengakhiri tugasnya pada 4 pagi pada hari Selasa.



"Paling gembira dengan tugas saya ialah anak-anak saya, Erika Nur Syalia, yang berusia enam dan Elvira Nur Aulia, tiga tahun.



"Mereka mengongsi kepada pakcik dan makcik mereka bahawa bapa mereka ada di televisyen bersama Presiden Trump. Lucu dikenangkan kerana apa yang mereka lihat sebenarnya ialah kenderaan FMV,'' tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >