Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sedia berkorban cita-cita demi berkhidmat untuk negara sepenuh masa

Sep 21, 2018 | 05:30 AM



APABILA sudah tiba masanya menyertai Perkhidmatan Negara (NS), Encik Muhammad Zul Azmil Samat amat keberatan dan perasaan ghairah jauh sekali untuk menjalaninya.



Namun selang beberapa bulan kemudian, pemikiran Leftenan Muda (2LT) Muhamamd Zul telah berubah 360 darjah.



Malahan, pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) berusia 21 tahun itu kini sudah bersedia berkhidmat untuk negara sepenuh masa setelah selesai jalani NS nanti.



Ini setelah pendedahan terhadap peri pentingnya pertahanan dan keselamatan negara membuka minda dan menguatkan pemahamannya.



Baru-baru ini juga, 2LT Muhammad Zul adalah antara dua orang yang dipilih menjalani latihan luar negara di Akademi Tentera India selama seminggu.



Lulusan bidang pengurusan penerbangan Politeknik Republik itu memberitahu bahawa banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang ditimba sejak menjalani NS.



"Memanglah sebelum masuk NS, biasalah saya tidak mempunyai minat langsung atau sungguh-sungguh. Namun selepas mungkin empat bulan dalam Sekolah Pegawai Kadet (OCS), fikiran saya mula berubah.



"Bila kami difahamkan tentang matlamat dan sebab di sebalik latihan dilalui adalah demi untuk negara dan keluarga, saya lebih memahami dan menghargai latihan yang terpaksa dijalani," terang anak bongsu tiga beradik itu.



Iltizam mempertahankan negara begitu kuat hinggakan anak muda itu sanggup menguburkan cita-cita sebelum ini untuk menyertai industri penerbangan sebagai kerjayanya.



"Saya sudah bersedia 'sign on' atau sertai SAF sepenuh masa selepas NS.



"Mungkin klise, tetapi apa yang mendorong saya ialah rasa ghairah mempertahankan negara.



"Saya sedar betapa pentingnya NS bagi warga Singapura. Ia ternyata membentuk keperibadian saya dan mengukuhkan rasa patriotik terhadap negara," jelas beliau.



Tambah 2LT Muhammad Zul, beliau juga sedar pada akhirnya, beliau berperanan bukan sahaja untuk melindungi negara tetapi juga keluarga, saudara mara dan teman-teman.



"Kini saya percaya, lebih keras dan gigih kita berlatih pada waktu-waktu aman, ia akan membantu kita mempersiapkan diri dengan lebih baik bagi menghadapi keadaan yang tidak menentu pada masa depan."



Dalam pada itu, mengimbas kembali pengalamannya menyertai latihan di India, 2LT Muhammad Zul berkata suasana dan sistem latihan yang berbeza memang mencabar.



"Ia memang satu pengalaman latihan yang sangat menarik.



"Banyak kelainan dari segi latihan berbanding di Singapura, yang boleh kita ambil iktibar. Saya belajar dalam berdepan kesukaran, kita harus sentiasa bersikap positif," katanya.



Satu sikap askar India yang beliau pelajari adalah, sifat mereka yang amat menghormati pegawai lebih tinggi dan sikap positif walau dalam jua keadaan pun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >