Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sedia hadapi ancaman dan kelicikan penyerang siber

Mar 07, 2018 | 05:30 AM



ANCAMAN siber yang pesat berubah serta cara-cara 'licik' penjenayah siber menggunakan taktik dan teknik menyerang merupakan antara pendorong utama Encik Fadli Sidek terus mengusahakan penyelesaian bagi mengatasi masalah yang timbul.



Sebagai seorang penganalisis perisikan ancaman siber di syarikat Citi, Encik Fadli, 35 tahun, ditugaskan untuk melindungi syarikat tersebut daripada serangan siber yang tidak diduga.



Namun, perjalanan Encik Fadli dalam bidang tersebut tidak semudah yang dijangkakan.



Semalam, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, semasa perbahasan mengenai Belanjawan kementeriannya di Parlimen, menyentuh mengenai sumbangan Citi dan Encik Fadli dalam sektor keselamatan siber Singapura.



Menurut beliau, syarikat Citi Singapore telah menubuhkan salah satu pusat operasi keselamatan sedunia di Singapura dan beliau gembira melihat Encik Fadli, yang pernah disebutnya dalam COS dua tahun lalu, bekerja di pusat tersebut.



"Pada masa itu (dua tahun lalu ketika Dr Yaacob menemuinya), beliau sudahpun dapat mengatasi rasa kecewanya setelah permohonan beliau mahu menyambung pelajaran di politeknik ditolak.



"Kini, beliau seorang penganalisis perisikan ancaman siber di Citi dan menunjukkan prestasi yang baik," kata Dr Yaacob.



Semasa dihubungi Berita Harian, Encik Fadli yang mula bekerja di Citi Oktober tahun lalu, berkata beliau memang tertarik dengan sektor perisikan dan keselamatan siber.



Beliau kini memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Forensik Siber, Keselamatan Maklumat dan Sistem Maklumat Perniagaan dari Universiti Murdoch, Australia.



"Saya tertarik terutama sekali dengan proses di mana maklumat dikumpul dan trend dikaji demi membentuk langkah-langkah mencegah dan melindung daripada serangan siber terhadap sistem dan infrastruktur pertubuhan.



"Saya juga berpuas hati kerana dapat memegang peranan di mana saya dapat mempelajari topik terkini yang diminati," katanya.



Tambah beliau, sektor keselamatan siber merupakan industri yang pesat berkembang dengan banyak peluang boleh digarap.



Kata Encik Fadli: "Dengan digitalisasi yang semakin meningkat, ini akan meningkatkan permintaan dan mewujudkan lebih banyak pekerjaan bagi warga Singapura dan lebih banyak peluang bagi syarikat Singapura.



"Kepada yang berminat menyertai sektor ini, saya nasihatkan mereka supaya mewujudkan sikap pembelajaran sepanjang hayat dan semai sifat ingin tahu, yang bukan sahaja akan memberi manfaat kepada pertubuhan di mana mereka bekerja, malah mereka juga dapat meraih manfaatnya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >