Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sedia juadah istimewa untuk pesakit, kakitangan TTSH

May 20, 2021 | 05:30 AM



SEMPENA Hari Raya Aidilfitri tahun ini, kakitangan dapur di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) telah menyediakan manisan istimewa - kek lobak merah walnut gandum - khas untuk pesakit di wad mereka.



Ini merupakan salah satu daripada usaha mereka semasa musim perayaan sepanjang tahun.



Namun, tahun ini, ia agak berbeza.



Selain menyediakan kek istimewa untuk pesakit, kakitangan dapur TTSH turut tampil ke hadapan untuk menawarkan makanan kepada kakitangan hospital di beberapa wad.



Menurut kenyataan yang dikeluarkan TTSH, pasukan itu terus berusaha meneruskan tradisi menyediakan makanan istimewa, dengan mengetahui bahawa ia akan menambah senyuman wajah pesakit mereka yang berada di sana semasa musim perayaan ini.



"Setiap musim perayaan, kami akan lakukan sesuatu yang istimewa untuk pesakit kami dan bagi Hari Raya tahun ini, kami menyediakan kek lobak merah walnut yang sihat.



"Meskipun pesakit mungkin tidak dapat meluangkan masa bersama keluarga mereka, kami berharap manisan ini dapat membawa keceriaan kepada mereka," kata Cef Leo Yuin Thim, Chef Pengeluaran Kanan, Perkhidmatan Layanan baik dan alam sekitar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >