Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Sedia khidmat guaman pakar kepada masyarakat

Ini setelah MOU dimeterai Pusat Relawan SG Cares Singapura dan Khidmat Pro Bono Persatuan Undang-Undang (LSPBS)
Apr 16, 2021 | 05:30 AM



RELAWAN di pelbagai Pusat Relawan SG Cares Singapura akan disokong karyawan undang-undang di bawah satu kerjasama baru bersama Khidmat Pro Bono Persatuan Undang-Undang (LSPBS).



Ini sebahagian daripada matlamat Pejabat SG Cares Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dan sayap bro bono Persatuan Undang-Undang di bawah satu memorandum persefahaman (MOU) yang ditandatangani bersama semalam.



"Apa yang kami harap dapat lakukan adalah untuk membina kumpulan peguam pakar berkemahiran yang dapat berintegrasi lebih baik dengan masyarakat sebagai tempat bantuan menerusi Pusat Relawan," kata pengerusi LSPBS Gregory Vijayendran.



Encik Vijayendran, yang juga presiden Persatuan Undang-Undang, berkata LSPBS akan bekerjasama dengan Pejabat SG Cares untuk mengenal pasti keperluan mereka yang mendapatkan bantuan di pusat relawan dan melihat bagaimana peguam pakar relawan boleh dikerahkan untuk memenuhi keperluan sedemikian.



Sebuah badan amal berdaftar di Singapura, LSPBS menyediakan bantuan undang-undang kepada mereka yang memerlukan, dan juga badan-badan masyarakat yang berkhidmat untuk golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik.



Sekitar 1,700 relawan merangkumi individu dan firma menyertai pelbagai program LSPBS semasa tahun kewangannya yang berakhir pada 31 Mac tahun lalu.



Di bawah MOU itu, LSPBS akan menjadi perantara peringkat nasional bagi gerakan sukarelawanan nasional SG Cares untuk mengembangkan usaha sukarelawanan berasaskan kemahiran dalam sektor perundangan.



Sukarelawanan berasaskan kemahiran merujuk kepada memanfaatkan kemahiran dan kepakaran profesional seseorang apabila berkhidmat kepada masyarakat.



LSPBS juga akan memupuk nilai-nilai mengambil berat tentang satu sama lain, bertimbang rasa dan memberikan sumbangan dalam orang dewasa yang bekerja dan muda, termasuk mahasiswa undang-undang.



Terdapat 14 pusat relawan yang beroperasi serata Singapura kini.



Jumlah itu akan bertambah kepada 24 pusat menjelang Mac tahun depan, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong, yang menyaksikan MOU itu ditandatangani semalam.



"Pusat relawan ini akan bertanggungjawab bagi mengembangkan dan menyelaraskan bekalan relawan, membina keupayaan pengurusan relawan, dan merunding kerjasama antara permintaan dengan bekalan di peringkat bandar," tambah beliau.



Encik Tong, yang juga Menteri Kedua Undang-Undang, berkata bantuan undang-undang sering kali diminta dalam masyarakat, terutamanya dalam bidang undang-undang keluarga dan jenayah.



"Dengan LSPBS berganding bahu dengan pusat relawan… kehidupan lebih ramai orang akan dibantu dan… diubah untuk yang lebih baik," kata beliau.



BERITA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >