PEGERAI MUDA
Sedia khidmat, produk yang dapat penuhi selera pelanggan
May 12, 2019 | 05:30 AM
PENDAPAT tentang pusat penjaja merupakan tempat yang mudah didatangi warga Singapura dari semua lapisan masyarakat mendorong Encik Mohammed Rafi Abdul Rahman membuat keputusan memulakan perniagaannya di Pusat Penjaja Pasir Ris Central.
Burgernomics, gerai makan milik Encik Rafi dan dua rakannya menyediakan enam jenis burger, empat jenis kentang goreng dan menyediakan dua hidangan sampingan untuk dinikmati pelanggan.