Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

◆ SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Sedia khidmat runding cara, penyelesaian bijak teknologi

Syarikat SCAVAI dimilik Ambran Abu Bakar sedia khidmat bandar pintar, ruang kerja digital, teknologi maklumat, audio visual dan AI
Nov 26, 2021 | 05:30 AM



SEIRING dengan teknologi yang semakin canggih, sebuah bangunan akan dilengkapi dengan kemudahan pintar yang membawa pengalaman menarik bagi pengguna.



Apatah lagi jika ia dilengkapi dengan teknologi baru seperti kecerdasan buatan (AI) atau Internet Of Things (IoT).



Syarikat SCAVAI (Smart City, Audio Visual and Artifical Intelligence) Alliance yang dimiliki pengasas dan ketua pegawai eksekutif (CEO) Encik Ambran Abu Bakar, menyediakan khidmat runding cara dan rekaan teknologi bagi menyediakan bandar pintar, ruang kerja digital, teknologi maklumat (IT), audio visual dan AI.



Dibentuk sejak 2017, syarikat itu beroperasi di 10 negara termasuk Timur Tengah, Amerika Syarikat, Eropah dan Asia Pasifik hasil model francais dan pakatan dengan beberapa syarikat lain.



Lulusan diploma dalam kejuruteraan elektrikal dari Politeknik Singapura (SP) itu mula menimba pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang teknologi dan audio visual dengan bekerja dalam beberapa buah syarikat sebelum mengorak langkah membuka perniagaannya sendiri.



Beliau terlibat dalam banyak projek dalam perancangan induk bandar, melakarkan konsep khidmat dan model kewangan di China, Timur Tengah, Malaysia, Indonesia dan Singapura.



Antara projek-projek itu ialah pelan induk Zon Teknologi Tinggi Bandar Bijak Tianfu dan ruang digital di bangunan Smiths Medical di China, serta Lapangan Terbang Hang Nadim di Batam.



Di Singapura, beliau juga terlibat dalam pusat pemantauan Airside, bilik taklimat kecemasan dan bilik mesyuarat di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi, dewan Hotel Pan Pacific serta Pusat Operasi Bercantum agensi air PUB@Env Building.



"Apa yang dilihat sekarang ialah penyepaduan antara aspek IT dengan audio visual. Penggunaan teknologi seperti AI dan IoT menjadikan kemudahan itu lebih canggih. Apa yang kami lakukan ialah membuat rekaan bagi menyepadukan kesemua aspek-aspek itu," kata Encik Ambran, 49 tahun.



Beliau dibantu oleh anggota pasukan yang mempunyai pelbagai kepakaran termasuk ketua pegawai operasi (COO), Encik Eugene Lee; ketua pegawai kewangan (CFO) Encik Ravi Kumar; ketua pegawai digital (CDO) Encik Allen Pattiselanno; dan ketua pegawai pemasaran (CMO) Cik Norhayati Ali.



Mengimbas pengalaman dalam rekaan dewan Hotel Pan Pacific yang siap pada 2017, beliau perlu memenuhi jadual yang padat sebelum Pasukan Ferrari menggunakannya bagi acara Formula 1. Hasil rekaaannya di dewan itu, bakal pengantin yang mengguanakan dewan itu boleh memilih 'konsep laut atau Cinderella hanya dengan satu tekanan butang di iPad'.



Beliau pernah bekerja sebagai penasihat teknologi dan perniagaan dalam beberapa syarikat seperti CCW Associates Pte Ltd dan Arup Singapore Pte Ltd.



Tetapi, pada 2006, beliau memutuskan menubuhkan A2Y Consulting Sdn Bhd di Malaysia. Team A2Y menghasilkan sejuta ringgit ($325,462) pertama pada tahun berikutnya.



Beliau kemudian mendapat kontrak global bersama Cisco Systems International BV di Dubai dan Cisco Systems Hong Kong sebagai Perunding Teknologi Bandar Pintar dari 2008 hingga 2011.



Selepas berehat sabatikal selama tiga tahun untuk bersama keluarganya, beliau membeli francais Hewshott International, sebuah syarikat yang mempunyai pengkhususan dalam sistem audio dan IT, pada tahun 2015 dan berjaya memenangi beberapa projek termasuk bagi Bloomberg dan Citibank.



Pada 2017, beliau melancarkan SCAVAI dan syarikat itu meraikan tahun keempat operasi tahun ini, yang menyaksikan syarikat itu terus berkembang.



Ketika ini, syarikat itu sedang menjalankan beberapa projek di Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dan Microsoft.



SCAVAI telah selesai projek meningkatkan ruang interaktif prodigy bagi Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah yang memberi peluang pada pelajar dan guru untuk menggunakan teknologi terkini.



Projek terbaru SCAVAI adalah Pondok Pesantren Darul Halim di Bandung yang berdasarkan membina dana untuk pesantren tersebut dengan rekaan teknologi terkini, membolehkan sesiapa sahaja melawat muzium, toko dan kafe digital melalui web, mobile app, kios realiti virtual (VR) atau fizikal (Museum-In-Box).



"Permintaan bagi projek-projek kami semakin meningkat sejajar dengan rombakan digital. Apatah lagi, ia juga didorong dengan ramainya pekerja yang bekerja di rumah, menjadikan syarikat lebih terdorong merombak kemudahan mereka dalam syarikat bagi memenuhi keperluan itu," ujar Encik Ambran.



Bulan lalu, syarikat itu menganjurkan Sidang Kemuncak Bandar Pintar yang menampilkan beberapa penceramah dari syarikat pakatan dan francais SCAVAI, seperti SCAVAI Audio Visual, SCAVAI Capital, SCAVAI Vietnam dan SCAVAI Malaysia, yang menyentuh topik-topik termasuk rumah pintar, bandar pendidikan pintar, rombakan digital bagi taman bertema, keselamatan pintar.




Beza AI dan IOT



APAKAH ITU KECERDASAN BUATAN (AI)?



- Ia merupakan mesin bijak yang dapat menjalankan tugas yang biasanya memerlukan kepintaran manusia. Ia bertujuan meniru kecerdikan manusia.



APAKAH ITU INTERNET OF THINGS (IOT)?



Internet of Things adalah suatu konsep atau program di mana sebuah objek memiliki kemampuan untuk mengirimkan data melalui jaringan tanpa memerlukan bantuan manusia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >