Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID ALKAFF KAMPUNG MELAYU

Sedia kuiz dan forum dalam talian sempena maulid Nabi

Oct 15, 2021 | 05:30 AM



PADA setiap tahun, Masjid Alkaff Kampung Melayu (MAKM) komited menganjurkan acara maulid sempena memperingati peristiwa kelahiran Rasulullah saw.



Walaupun majlis ini tidak diadakan secara fizikal pada tahun ini, namun ia tidak menghalang MAKM untuk memeriahkan acara maulid dengan aktiviti kuiz dan forum dalam talian.



Pegawai Dakwah MAKM, Ustaz Barra Habibullah, memberitahu:



"Seperti yang umum ketahui, sambutan dan program maulid pada tahun ini adalah berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Hal ini kerana, keadaan semasa akibat pandemik tidak lagi membenarkan penganjuran program bersemuka secara besar-besaran.



"Oleh itu, kami terpaksa mengubah atur cara dari program fizikal kepada program dalam talian."



Dalam usaha tersebut, MAKM mengadakan kuiz Maulid untuk disertai oleh komuniti Islam di Singapura.



Pelaksanaan kuiz ini mampu menjadi satu tarikan, sekaligus mengingatkan masyarakat Islam tentang kehadiran bulan Rabiulawal yang istimewa kerana ia adalah bulan kelahiran Rasululullah saw.



Secara perlahan, Ustaz Barra berkata MAKM mempromosikan bulan kelahiran Rasulullah dan mencuba sedaya upaya untuk menghidupkan sirah baginda saw.



MAKM akan menganjurkan forum secara maya bersempena Maulid yang akan ditayangkan pada 12 Rabiulawal bersamaan dengan 18 Oktober 2021 ini.



"Dengan kehadiran pandemik, terkandung hikmah di sebaliknya kerana ia mengubah persekitaran jemaah, dimana sambutan program MAKM lebih hangat secara dalam talian.



"Kebiasaannya, aktiviti fizikal MAKM hanya dihadiri oleh jemaah berdekatan sahaja. Tetapi, semua masyarakat Islam di dalam dan luar Singapura dapat mengakses program di MAKM melalui program dalam talian. Walaupun ia mungkin menyukarkan golongan yang berusia, namun kami masih berada dalam proses untuk menggalakkan penggunaan media dan teknologi sebagai satu capaian dakwah untuk masyarakat berhubung," kata Ustaz Barra.



Ketua Dakwah MAKM, Ustaz Mohamad Noor Samat, pula menambah tentang perbezaan dan cabaran yang perlu dihadapi MAKM dalam tempoh penularan pandemik.



"Sambutan maulid ialah acara tahunan yang gah diadakan pada setiap tahun. Pada sebelum ini, kami mempunyai aktiviti selawat, ceramah, gotong-royong dan para sukarelawan yang membantu menghidangkan makanan serta minuman. Jadi, suasana acara maulid sangat meriah.



"Namun, setelah Covid-19 bermula pada hujung tahun 2019 hingga sekarang, ia sedikit sebanyak menjejas aktiviti masjid, termasuklah aktiviti maulid, Ramadan dan Hari Raya.



"Buat masa ini, jumlah sukarelawan juga semakin terhad kerana masjid tidak boleh menyediakan terlalu ramai sukarelawan bagi mematuhi ketetapan operasi.



"Jika dilihat, para sukarelawan MAKM terdiri daripada mereka yang berusia, sekitar umur 50 tahun ke atas.



"Oleh itu, MAKM menghadapi cabaran untuk mencari para sukarelawan yang lebih muda kerana risiko mereka dijangkiti lebih rendah. Justeru itu, keterbatasan ini menyebabkan kami beralih ke peringkat maya supaya orang ramai tidak ketinggalan dalam mengikuti program masjid."



"Walaupun masjid sudah boleh kembali menganjurkan aktiviti fizikal mengikut Langkah Pengurusan Selamat (SMM), tetapi kami khuatir dengan risiko penularan wabak. Hal ini kerana, kami mengutamakan kesejahteraan dan kesihatan para jemaah, lebih-lebih lagi mereka yang berumur. Apabila semuanya sudah reda nanti, Insya-Allah, kami akan membuka aktiviti dan program masjid seperti sediakala," kata ustaz.




"Dengan kehadiran pandemik, terkandung hikmah di sebaliknya kerana ia mengubah persekitaran jemaah, dimana sambutan program MAKM lebih hangat secara dalam talian.

"Kebiasaannya, aktiviti fizikal MAKM hanya dihadiri oleh jemaah berdekatan sahaja. Tetapi, semua masyarakat Islam di dalam dan luar Singapura dapat mengakses program di MAKM melalui program dalam talian. Walaupun ia mungkin menyukarkan golongan yang berusia, namun kami masih berada dalam proses untuk menggalakkan penggunaan media dan teknologi sebagai satu capaian dakwah untuk masyarakat berhubung.''

- Ustaz Barra Habibullah, Pegawai Dakwah MAKM




CARA-CARA MENDERMA BAGI DANA PENINGKATAN MASJID ALKAFF KAMPUNG MELAYU:



Pindahan bank ke akaun OCBC: 581-608668-001. Sila nyatakan "Dana Peningkatan" di bahagian "Add reference no." atau "Bill Reference No." dan email tangkap skrin (screenshot) transaksi anda kepada finance@alkaffkm.mosque.org.sg



Hantar cek kepada LPM ALKAFF KG MELAYU. Sila nyatakan "Dana Peningkatan", nama, alamat dan nombor telefon anda di belakang cek tersebut dan kirimkan kepada Masjid Alkaff Kampung Melayu, 200 Bedok Reservoir Road, Singapore 479221.



Paynow UEN: S94MQ0017D atau Imbas Kod QR yang disediakan. Sila nyatakan "Dana Peningkatan" di bahagian "Bill Reference No."



Langsung ke Pejabat Masjid dari hari Isnin hingga Khamis: 2.00 petang hingga 6.00 petang.



Sila hubungi talian 62427244 atau lungsuri https://www.facebook.com/AlkaffKampungMelayuMosque untuk keterangan lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >