EMPAT tahun lalu, Cik Rashidah Yahya membuat keputusan berhenti kerja untuk menjadi suri rumah setelah pembantu rumahnya tidak kembali ke Singapura selepas bercuti di Indonesia selama sebulan.
Anaknya, yang pada waktu itu bakal melangkah ke darjah satu, merayu agar Cik Rashidah menjaganya dan tidak mengambil amah lagi.