Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sediakan lebih 'tempat bersama' bagi fahami bangsa lain

Jun 26, 2021 | 05:30 AM



MENGADAKAN lebih banyak tempat bersama (common place) untuk memahami amalan bangsa lain penting dalam memupuk kepercayaan antara kaum dan mengekalkan keharmonian kaum di Singapura, kata mantan Anggota Parlimen Encik Sin Boon Ann.



Encik Sin, 63 tahun, yang bergiat dalam politik setempat pada 1996 hingga 2011, berkongsi bahawa pengalaman beliau berinteraksi dengan masyarakat berbangsa lain melalui pelbagai acara antara kaum mewujudkan persefahaman dan rasa hormat terhadap amalan bangsa lain di sini.



Ini termasuk menghadiri satu sesi solat tarawih sekitar 20 tahun yang lalu untuk memahami amalan masyarakat Melayu/ Islam semasa Ramadan.



"Semakin banyak anda dapat memperluas persefahaman bersama mengenai agama seseorang dan semakin banyak anda mempromosi aktiviti bersama, akan ada pertindihan kepentingan bersama yang lebih meluas," kata Encik Sin kepada Berita Harian (BH).



"Ini secara amnya dapat membantu memperkukuhkan kompak sosial yang menjadi asas di Singapura sebagai masyarakat berbilang kaum."



Encik Sin, seorang konsultan korporat dan kewangan di syarikat guaman Drew & Nappier LLC, menekankan pendekatan live and let live untuk hidup dalam masyarakat berbilang kaum, di mana kita harus bersikap toleransi terhadap pandangan dan tingkah laku orang lain supaya orang lain akan turut sama bersikap bertolerasi terhadap kita.



"Saya fikir ia penting untuk meluas tempat bersama yang kita bina dalam kalangan berbilang komuniti, sebab apabila kita dapat bawa lebih ramai orang dalam tempat bersama ini dan faham (amalan bangsa lain), prasangka (mengenai bangsa lain) akan kurang dibentuk.



"Semakin banyak anda dapat membina semangat muhibah antara pelbagai komuniti, semakin kuat asas masyarakat anda, dan semakin kurang kemungkinannya ia musnah oleh satu atau dua kejadian (berbaur perkauman)," jelas beliau.



Justeru, Encik Sin akur bahawa keharmonian kaum di Singapura "bukan sesuatu yang diberi" dan "adalah usaha yang sedang berjalan".



"Kita harus terus berusaha (untuk mengekalkan keharmonian kaum). Ini kerana semua perasaan muhibah dan usaha yang anda lakukan dalam mempromosikan ikatan kaum yang kuat tidak boleh pecah dalam satu hari disebabkan tindakan dan kata-kata (perkauman) yang tidak berhemah.



"Ia bukan sesuatu yang kita boleh mensesiakan. Kita harus terus secara aktif melibatkan diri dan orang ramai harus bersedia menjadi contoh teladan," kata Encik Sin.



"Kita belum menjadi tempat terbaik untuk berbilang kaum hidup bersama. Ia akan mengambil masa. Tetapi, kita adalah koleksi guli berwarna-warni yang cantik."



Encik Sin menambah bahawa warga Singapura belum mencapai detik di mana mereka mahu berbual mengenai isu perkauman secara terbuka sebab mereka menghormati hak setiap individu untuk mengamalkan kepercayaan dan agama masing-masing.



"Dan kita tidak secara aktif cuba untuk memaksa orang lain untuk percaya pada agama kita. Sekiranya seseorang mahu tahu dan pelajari lebih tentangnya, kita gembira untuk berkongsi dan saya fikir ini adalah formula untuk melangkah ke depan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >