Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sediakan program pembangunan kerjaya bagi pegawai tanpa seragam di Home Team

Oct 29, 2021 | 05:30 AM



BELIAU tidak memakai pakaian seragam semasa bekerja tetapi hakikat itu tidak pernah membuat Encik Mohd Faizal Selamat berasa kekurangan dalam menjalankan tugasnya di Akademi Home Team (HTA).



Malah, menurutnya, semua pegawai, termasuk yang tidak memakai seragam, memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan Singapura.



Encik Faizal yang bertugas sebagai Penolong Pengarah (Perancangan dan Pembangunan Program) di Pusat Latihan Asas dan Warisan - di HTA - bertanggungjawab menyediakan kurikulum dan program pembangunan kerjaya bagi pegawai tidak berpakaian seragam atau civilian officers di Home Team.



Selain itu, beliau juga berperanan menguar-uarkan program pembangunaan keupayaan yang disediakan menerusi Civilian Training School (CTS) itu kepada pegawai lain dan berusaha memupuk identiti dan semangat kekitaan dalam kalangan di HTA.



Tugas beliau dan pasukannya mencabar kerana bahan pembelajaran yang disiapkan ditujukan kepada pegawai Home Team di 11 jabatan yang masing-masing mempunyai tanggungjawab berbeza.



Mengulas lebih lanjut mengenai tugasnya itu semasa wawancara dengan Berita Harian (BH), Encik Faizal, 37 tahun, berkata sekitaran yang sering berubah bermakna semua pegawai yang tidak berpakaian seragam di Home Team - seperti juga pegawai lain - perlu sentiasa dilengkapkan dengan kemahiran yang relevan untuk mengendalikan cabaran yang berbeza.



"Program yang ditawarkan mempunyai beberapa elemen atau topik yang mempersiapkan mereka menghadapi cabaran di masa depan. Apa yang kami inginkan ialah melihat pegawai kami bersedia menghadapi apa jua cabaran.



"Ini supaya mereka dapat menyumbang kepada pasukan masing-masing dengan lebih berkesan," jelasnya.



Beberapa tahun lalu, bagi memenuhi matlamat ini Encik Faizal dan rakan kerja berbilang agensi Home Team dari Divisyen Sumber Manusia (HRD) dan Divisyen Latihan dan Pembangunan Kompetensi (TCD) di Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) membangunkan Civilian Milestone Programme (CMP).



Ditawarkan sejak 2018, program yang merangkumi tiga kursus itu antara lain bertujuan membangun keupayaan pegawai yang tidak memakai pakaian seragam dari golongan eksekutif, penyelia dan pengurus.



Menurut Encik Faizal, kursus itu telah diadakan 41 kali setakat ini, dan menarik hampir 1,000 peserta.



Dalam pada itu, Encik Faizal akur, satu cabaran berterusan bagi menjalankan tugasnya adalah supaya beliau sendiri terus menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah dan terus menimba pengetahuan baru supaya dapat membangunkan program yang sentiasa relevan.



"Dari masa ke masa, kita harus memperbaharui diri dengan kemahiran yang relevan," ujar Encik Faizal.



"Mungkin dengan teknologi baru atau proses yang baru, kita dapat terus mempertingkatkan kursus yang kita tawarkan," ujar lagi.



Semalam, usaha Encik Faizal, dalam membina keupayaan pegawai tidak berpakaian seragam di Home Team diiktiraf apabila beliau diberikan Anugerah Pencapaian Home Team di majlis penyampaian Anugerah Menteri yang diadakan secara maya.



Melahirkan kesyukuran atas penghargaan itu, Encik Faizal, bapa dua anak, berkata anugerah itu akan mendorongnya untuk terus berusaha gigih dalam menjalankan tugas dan mempertingkat program latihan yang dihasilkan bersama pasukannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >