Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan

See Leng: Cukai usulan WP akan bebani golongan pertengahan

Mar 02, 2022 | 05:30 AM



SARANAN Parti Pekerja (WP) agar cukai lebih tinggi dikenakan ke atas mereka yang berpendapatan lebih tinggi sebagai ganti bagi menaikkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan bermakna golongan berpendapatan pertengahan juga akan terjejas, kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.



Ini akan pada akhirnya menghasilkan satu sistem "yang pendekatan menambah pendapatan ialah mengikis mereka yang berjaya, bermula mungkin daripada golongan bergaji pertengahan ke atas" - sesuatu yang tidak baik dan tidak mampan bagi kompak sosial Singapura, ujarnya.



Kelmarin, Anggota Parlimen (AP) pembangkang, Encik Jamus Lim (GRC Sengkang), berkata WP mengusulkan beberapa jenis cukai lain, seperti cukai korporat, cukai harta dan cukai "dosa", misalnya ke atas tembakau, yang boleh mengelak kenaikan GST.



Dr Tan berkata: "WP mengatakan kita tidak perlu menaikkan GST jika kita menaikkan lebih banyak cukai menerusi cara lain.



"Ini merupakan kekurangan pendapatan sebanyak $3.5 bilion. Mereka katakan letak beban lebih tinggi ke atas segelintir rakyat Singapura supaya tidak perlu menaikkan GST.



"Tampak senang dan menarik. Tetapi tanya diri anda - dapatkah ini dilakukan?"



Dr Tan menekankan bahawa pendirian pemerintah tetap yang kaya memikul tanggungan lebih tinggi.



"Yang kaya akan bayar lebih dan terima kurang manakala yang kurang mampu akan dapat lebih dan kurang bayar.



"Namun ada perbezaan signifikan dengan apa yang dimaksudkan tentang tanggungan dan tanggungan membebankan," ujar beliau.



Justeru adalah mustahil untuk menjana jumlah GST $3.5 bilion dengan mencukai hanya mereka berpendapatan teratas sahaja.



"Kita akan memerlukan lebih ramai orang, termasuk mereka yang berpendapatan pertengahan membayar lebih banyak kerana adalah mustahil mengenakan cukai yang membebankan ke atas golongan 1 peratus atau 5 peratus teratas sahaja," ujar Dr Tan, sambil menambah ini juga bermakna cukai hartanah lebih tinggi akan akhirnya dikenakan ke atas flat lebih besar.



Menjawab kenyataan Dr Tan bahawa usul cukai WP membebankan, Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, berkata "saranan kami sebenarnya bermaksud untuk mencapai tanggungan lebih saksama".



"Dalam semangat mencapai pengagihan cukai lebih saksama dalam kalangan pelbagai segmen masyarakat, saya fikir WP berhak menimbulkan pendapatan alternatif, seperti yang kami lakukan.



"Saya tidak bersetuju dengan cara menteri menyifatkan usul kami... dan anda juga memilih usul tertentu dan mengkritiknya.



"Anda berhak melakukan itu tetapi jika anda melihat saranan kami secara menyeluruh, anda akan faham bahawa WP mengemukakan alternatif bagi kenaikan GST," ujar Encik Pritam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >