Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

See Leng: Kenaikan EP dari India didorong pertumbuhan pesat ekonomi digital

Jul 07, 2021 | 05:30 AM



JUMLAH pemegang Pas Pekerjaan (EP) dari India naik seganda kepada 26 peratus tahun lalu, berbanding 13 peratus pada 2005.



Ini didorong pertumbuhan pesat ekonomi digital Singapura dan bukan hasil layanan lebih berpihak kepada pemegang EP dari India disebabkan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh India-Singapura (Ceca), kata Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng (gambar kanan) di Parlimen semalam.



"Sedang setiap sektor berusaha mendakap digital, keperluan mereka bagi bakat teknologi juga telah banyak bertambah," ujarnya.



Dr Tan turut menekankan bahawa Singapura tidak mempunyai warga setempat yang mencukupi untuk mengisi pekerjaan yang disediakan



Malah dalam sektor infokom sahaja kini, 6,000 pekerjaan masih tidak diisi.



Satu lagi sumber utama bakat teknologi ialah China namun dengan negara itu menghasilkan banyak 'unicorn', iaitu firma bernilai lebih AS$1 bilion ($1.34 bilion), dan mempunyai permintaannya sendiri, ramai bakat China kekal di sana.



Antara 2005 dengan tahun lalu, jumlah pemegang EP dari China kekal stabil.



Sekitar dua pertiga pemegang EP Singapura berasal dari China, India, Jepun, Malaysia, Filipina dan Britain, dengan jumlah ini konsisten sejak 2005.



Dr Tan berkongsi perangkaan tentang tenaga kerja asing di Singapura semasa menyampaikan Kenyataan Menteri di Parlimen.



Antara 2005 dengan tahun lalu, sektor kewangan dan infokom bertanggungjawab bagi 40 peratus daripada peningkatan jumlah Pas Pekerjaan (EP) yang diberikan kepada karyawan asing.



Namun, penciptaan pekerjaan dalam dua sektor ini bagi golongan karyawan, pengurus dan eksekutif (PME) setempat tumbuh lebih kukuh, kata Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng semalam.



Dalam sektor infokom, jumlah EP bertambah sekitar 25,000 sementara kira-kira 35,000 pekerjaan dicipta bagi golongan PME setempat.



Dalam sektor kewangan pula, jumlah EP bertambah sekitar 20,000 sementara kira-kira 85,000 pekerjaan dicipta bagi golongan PME setempat.



Mengulas tentang isu dan soalan yang diutarakan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) dan anggota Parti Kemajuan Singapura (PSP), Encik Leong Mun Wai dan Cik Hazel Poa, tentang sama ada pertumbuhan pemegang EP menjejas golongan PME setempat, Dr Tan yang juga Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan menarik perhatian akan risiko yang akan dihadapi Singapura jika negara ini bersikap perlindungan dan menyukarkan syarikat yang ingin mengambil bakat dari serata dunia.



"Sekiranya tiada persaingan di sini, ia akan berada di luar. Saingannya ialah untuk membantu syarikat lain di negara lain mengatasi syarikat kita di sini dan menggantikan pekerja kita," ujarnya.



Dari 2005 hingga 2020, jumlah EP meningkat sebanyak sekitar 112,000 sementara jumlah PME setempat bertambah sebanyak lebih 380,000.



Sedang Singapura menarik bank dan syarikat infokom asing untuk mencipta pekerjaan di sini, Dr Tan berkata mereka juga akan memerlukan pekerja asing untuk melengkapi tenaga kerja setempat.



Sementara negara ini mempunyai bakat Singapura yang baik, jumlahnya tidak mencukupi untuk memenuhi semua keperluan syarikat ini.



"Satu tanggapan salah ialah jika kita mengatakan tidak kepada warga asing... pekerjaan yang mereka mungkin isi semuanya akan diisi warga Singapura.



"Kini, masih ada sekitar 22,000 pekerjaan PME yang tidak diisi.



"Syarikat mahu pekerjaan ini diisi dan mereka mahu mengambil warga Singapura bekerja jika mereka boleh... tetapi pekerjaan ini masih tidak diisi hingga sekarang," ujar Dr Tan.



Untuk memastikan pekerja setempat boleh bersaing dengan adil, pemerintah mempunyai kawalan pas pekerjaan supaya tenaga manusia asing tidak dapat bekerja di Singapura hanya kerana mereka lebih murah berbanding warga setempat.



Antara lain, beliau menarik perhatian langkah pemerintah mengetatkan kuota dan menaikkan levi untuk mengurangkan kebergantungan di peringkat permit kerja dan Pas S walaupun perusahaan meminta pemerintah melonggarkan peraturan itu.



Pemerintah juga telah menaikkan gaji kelayakan minimum EP dua kali tahun lalu - daripada $3,600 kepada $3,900, dan kemudian kepada $4,500, dengan gaji kelayakan minimum lebih tinggi sebanyak $5,000 bagi pemohon sektor kewangan.



Dalam pada itu, terdapat 4,200 pekerja yang dipindahkan daripada satu syarikat kepada syarikat yang lain atau intra-corporate transferees (ICTs) yang bekerja di Singapura tahun lalu dan jumlah ini kekal kecil dan konsisten, kata Dr Tan.



Sekitar 500 pekerja asing yang dibawa masuk dari pejabat luar negara syarikat berbilang negara (MNC) ini berasal dari India.



Syarikat yang mahu mengisi pekerjaan dengan ICT dikecualikan daripada keperluan Rangka Kerja Pertimbangan Adil (FCF) yang memerlukan syarikat mengiklankan pekerjaan itu di MyCareersFuture.sg, sebelum membuat permohonan EP dan Pas S.



Namun, Dr Tan berkata ICT itu tetap harus memenuhi kriteria pas pekerjaan sebelum dibenarkan bekerja di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >