Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Seekor lagi kucing ditemui mati di Yishun

Jan 20, 2016 | 12:33 PM



BANGKAI seekor lagi kucing yang berlumuran darah ditemui di dalam sebuah longkang di Yishun pagi Selasa (19 Jan), menurut sebuah kumpulan kucing.


Kumpulan Yishun 326 Tabby, yang menyiarkan gambar haiwan itu di Facebook, berkata ia sedang merayu untuk mendapatkan maklumat dan saksi.


Tidak diketahui apakah kejadian terbaru itu ada kaitan dengan siri kes penderaan kucing yang dilaporkan di Yishun sejak September tahun lepas.


Kucing kelabu itu, yang ditemui di dalam longkang berhampiran Blok 361, Yishun Ring Road, ialah yang ke-19 ditemui mati di kawasan tersebut.


Sementara itu, lelaki berusia 40 tahun yang disyaki membunuh seekor kucing di Yishun Oktober lalu kembali di mahkamah pada Selasa.


Lee Wai Leong, yang menghadapi satu tuduhan kekejaman haiwan, dibenarkan ikat jamin $10,000.


Peguam yang mewakilinya secara pro bono, atau percuma, Encik Josephus Tan, berkata sebelum bahawa keluarga Lee berharap dia dapat menyambut Tahun Baru Cina di rumah.


Pada 29 Disember lalu, Lee didakwa membuang seekor kucing dari tingkat 13, Blok 115B Yishun Ring Road.


Dia kemudian ditahan di Institut Kesihatan Mental untuk penilaian psikiatri.


Kesnya akan disebut di mahkamah pada 15 Februari. Jika sabit kesalahan, Lee boleh dikenakan hukuman penjara hingga 18 bulan, denda hingga $15,000, atau kedua-duanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >