Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Segak bergaya dengan rambut, kurung baru jelang Syawal

May 05, 2021 | 05:30 AM



SERAMAI 50 kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah di Woodlands akan segak bergaya mendondon baju kurung dan rambut baru mereka pada Hari Raya Aidilfitri kelak.



Kanak-kanak ini dibawa ke Geylang Serai untuk membeli-belah pakaian Hari Raya baru dan menggunting rambut secara percuma, Ahad lalu



Inisiatif 'Gift of Heart' itu, anjuran Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Woodlands, bertujuan memaparkan keprihatinan terhadap golongan susah di Woodlands dan membawa keceriaan kepada mereka.



Anggota Parlimen (AP) GRC Sembawang Cik Mariam Jaafar turut hadir menyemarakkan suasana Aidilfitri kelmarin.



Cik Mariam berkata: "Dahulu semasa saya kecil, kami sering ada acara fesyen Hari Raya di mana kanak-kanak dapat menggayakan baju kurung baru mereka. Jadi, usaha hari ini adalah satu cara untuk menyalurkan kembali keinginan untuk memberi kepada kanak-kanak daripada keluarga susah."



Cik Mariam menambah inisiatif itu juga mempamerkan kesungguhan masyarakat yang tampil bersama menghulurkan sumbangan.



Baju kurung baru ditaja oleh Glamour Muzika di Joo Chiat Complex manakala Bespoke Barbers & Co memberikan guntingan rambut percuma.



Pemilik bersama Bespoke Barbers & Co, Encik Noor Muhamed Muhamed Ibrahim, 32 tahun, tidak teragak-agak untuk terlibat dalam usaha ini meskipun baru sebulan membuka kedainya di Joo Chiat Road.



"Kami mahu menyumbang kembali kepada masyarakat dan kami fikir kanak-kanak adalah cara yang baik sebab didikan kanak-kanak sangat penting. Kami tidak mahu mereka rasa terpinggir," katanya.



Inisiatif kelmarin turut melibatkan kumpulan penunggang motosikal, Chapalang Brotherhood, Van Diesel dan One Step Forward.



Kumpulan itu menaja empat bus untuk membawa kanak-kanak dan anggota keluarga mereka.



Cik Nasha Tazqiah, 19 tahun, merupakan antara relawan muda dari Chapalang Brotherhood.



Mengongsi mengenai sebab beliau mahu menyinsing lengan dalam inisiatif tersebut, pelajar Politeknik Temasek dalam jurusan perakuanan dan kewangan itu berkata:



"Keluarga saya bukan daripada golongan yang berkemampuan. Bagi saya, tidak semestinya saya tidak berkemampuan, saya tidak patut membantu orang lain. Oleh sebab saya tahu bagaimana perasaannya, saya juga faham perasaan mereka."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >