Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Segera divaksin demi kurangi risiko jangkitan

Pasangan suami isteri antara hampir 75% warga 60 tahun dan ke atas yang telah divaksin
Jun 02, 2021 | 05:30 AM



ENCIK Jumat Kassim dan isteri, Cik Zaimasni Zainal Basri, tinggal bersama tiga anak perempuan dengan seorang daripada mereka merupakan pekerja barisan depan Covid-19.



Seorang lagi anak pasangan itu menghidapi barah limfoma peringkat awal.



Demi melindungi keluarganya, pasangan yang masing-masing berusia 62 tahun itu tidak teragak-agak untuk segera mendapatkan suntikan vaksin mereka pada April lalu apabila tawaran vaksinasi dibuka kepada warga setempat berusia 60 tahun ke atas.



"Lagipun vaksin yang kita ambil tu selamat dan percuma kan? Jadi kita ambil sahajalah!" kata Encik Jumat ketika ditemui Berita Harian (BH) semalam.



Mantan eksekutif dalam industri aeroangkasa itu juga berkata kesan sampingan setelah menerima kededua dos vaksin itu juga tidak begitu ketara buatnya dan isteri.



"Hanya ada sedikit keletihan sahaja," katanya.



Namun, Encik Jumat dan isterinya - mantan guru sekolah - terdorong mendapatkan vaksin dengan segera bukan sekadar kerana mereka sudah berusia.



Malah, mereka sedar bahawa ia penting bagi setiap warga memainkan peranan melindungi diri sendiri serta orang tersayang.



Terutamanya tiga anak perempuan mereka yang belum berumah tangga itu bekerja dalam bidang yang memerlukan mereka kerap berinteraksi dengan orang umum.



"Anak sulung saya, yang berusia 35 tahun merupakan jururawat di IMH (Institut Kesihatan Mental) dan lagi dua pula yang berusia 30 dan 26 tahun masing-masing bekerja sebagai guru di sekolah," jelasnya



Salah seorang daripada mereka, iaitu anak keduanya, menghidapi barah limfoma peringkat awal yang dikesan pada Februari lalu dan telah menjalani sekitar tiga rawatan kemoterapi.



"Memandangkan pekerjaan mereka melibatkan mereka sering berinteraksi dengan orang lain, seperti pesakit dan pelajar, saya rasa lebih baik kita dapatkan vaksin," katanya.



Dua daripada anaknya, kecuali yang menghidapi barah, telah disuntik vaksin Covid-19 terlebih dahulu.



"Anak kedua saya itu pun telah meluahkan niat mendapatkan vaksin setelah laporan semalam (kelmarin) menyatakan bahawa ibu hamil dan pesakit barah dibolehkan menerima suntikan vaksin," kata Encik Jumat lagi.



Dalam ucapannya kelmarin, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata hampir tiga suku atau 73 peratus daripada warga emas setempat - iaitu sekitar 760,000 warga berusia 60 tahun dan ke atas - telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan atau membuat pendaftaran bagi slot vaksinasi.



Namun terdapat lagi 280,000 daripada golongan tersebut yang masih belum berbuat demikian.



Encik Lee menegaskan bahawa pemerintah menyasarkan agar dua pertiga penduduk di sini mendapatkan sekurang-kurangnya dos pertama vaksin Covid-19 mereka.



Dalam pada itu, pihak berkuasa juga menawarkan pelbagai kemudahan bagi warga emas yang menghadapi kesukaran bergerak seperti pemberian vaksin di rumah dengan menghubungi Pejabat Generasi Warga Emas.



Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) juga mendedahkan kelmarin bahawa ibu hamil dan pesakit barah yang sedang menjalani rawatan aktif boleh mendapatkan vaksin Covid-19.



Menyusuli itu, Encik Jumat turut menasihati agar orang ramai - yang muda dan tua - untuk mendapatkan vaksin itu dengan segera apabila peluang terbuka kepada mereka.



Ini biarpun vaksin itu telah dikatakan bahawa ia tidak berupaya melindungi sepenuhnya daripada jangkitan virus berkenaan.



"Sekurang-kurangnya kita rasa lebih selamat dan risiko jangkitan dapat dikurangkan bagi diri kita dan keluarga kita," ujar Encik Jumat.



"Meskipun terdapat banyak langkah berjaga-jaga seperti memakai pelitup dan sebagainya, dengan adanya vaksin ia memberi kita satu lagi lapisan perlindungan."




"Sekurang-kurangnya kita rasa lebih selamat dan risiko jangkitan dapat dikurangkan bagi diri kita dan keluarga kita. Meskipun terdapat banyak langkah berjaga-jaga seperti memakai pelitup dan sebagainya, dengan adanya vaksin ia memberi kita satu lagi lapisan perlindungan."
- Encik Jumat Kassim mengenai mengapa beliau segera mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >