Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Segera lindungi warga emas dengan vaksin: Pakar

Jul 13, 2021 | 05:30 AM



SEDANG Singapura beralih untuk bersiap sedia hidup dengan Covid-19, para pakar menggesa agar usaha dipertingkat supaya golongan lanjut usia divaksin demi melindungi mereka daripada kemungkinan dijangkiti koronavirus dan mati akibatnya.



Warga emas berusia 70 tahun ke atas merupakan kumpulan pertama yang ditawarkan vaksinasi, namun mereka mempunyai kadar pengambilan vaksin yang terendah.



Ratusan warga emas yang tidak divaksin boleh meninggal dunia dalam 12 bulan seterusnya sedang sekatan Covid-19 dilonggarkan, kata Profesor Madya Alex Cook, naib dekan penyelidikan di Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock di Universiti Nasional Singapura (NUS).



Profesor Cook menjelaskan bahawa Singapura sudah pun menyaksikan ratusan kematian akibat demam selesema setiap tahun, lapor The Straits Times.



"Oleh itu, mempunyai ratusan kematian daripada Covid-19 tidak terlalu berbeza… Cuma kita mempunyai vaksin yang lebih baik bagi Covid-19 daripada yang kita ada untuk demam selesema, jadi kita mempunyai lebih banyak peluang untuk mengelakkan kematian tersebut," kata Profesor Cook.



Beliau menambah bahawa kadar kematian Covid-19 di Singapura adalah rendah sepanjang 18 bulan lalu, dengan negara ini telah mengenakan sekatan ke atas semua kumpulan usia, terutamanya bagi tujuan menjaga keselamatan warga emas.



"Jika kita mengekalkan kebanyakan langkah-langkah bagi tempoh masa yang tidak pasti, seperti tiada pelancongan tanpa dua minggu kuarantin di sini dan di destinasi, memakai pelitup selama-lamanya… dan sebagainya, ya, kita boleh mengekalkan jumlah yang rendah untuk selama-lamanya. Tetapi untuk berapa lama? Sehingga 2025? 2030? Tentu sekali itu tidak realistik," kata beliau.



Sambil menambah bahawa terdapat kemungkinan kes boleh meningkat di sini apabila langkah-langkah dilonggarkan, Profesor Cook berkata jika ini berlaku, hanya sedikit daripada mereka yang divaksin akan mati.



"Namun, jika 20 peratus warga emas tidak mahu divaksin, maka itulah kumpulan di mana kematian sebahagian besarnya akan berlaku apabila Covid-19 menular dalam masyarakat.



"Itu sebabnya saya fikir adalah amat penting untuk memvaksin seramai mungkin warga emas dalam bulan depan," kata beliau.



Profesor Dale Fisher dari Jabatan Perubatan di Sekolah Perubatan Yong Loo Lin NUS juga berkata individu yang tidak divaksin kini dilindungi pelbagai langkah sekatan.



"Semua ini akan dilonggarkan dalam beberapa bulan mendatang, menjadikan mereka yang tidak divaksin mudah terdedah kepada penyakit teruk. (Vaksinasi) amat diperlukan sekarang, terutamanya untuk warga emas," kata beliau.



Profesor Paul Tambyah, konsultan kanan di Divisyen Penyakit Berjangkit Hospital Universiti Nasional (NUH), berkata: "Individu lanjut usia mempunyai risiko komplikasi yang jauh lebih tinggi. Oleh itu, lebih masuk akal bagi mereka divaksin berbanding orang lebih muda."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >