Sehingga 100 individu boleh alih ke sektor teknologi tani, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:55
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:20
Isyak
8:32
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Sehingga 100 individu boleh alih ke sektor teknologi tani

Mereka boleh manfaatkan Program Penukaran Kerjaya (CCP); Jelang 2030, sekitar 4,700 pekerjaan baru dan direka semula bakal dihasilkan
Jan 15, 2022 | 05:30 AM

SEHINGGA 100 individu yang berminat beralih ke sektor teknologi pertanian sebagai langkah peralihan pertengahan kerjaya, kini boleh memanfaatkan satu Program Penukaran Kerjaya (CCP) baru sepanjang dua tahun akan datang.

Program itu, yang dikendalikan oleh Tenaga Kerja Singapura, Agensi Makanan Singapura dan Politeknik Republic, berharap untuk menarik dan membangunkan bakat setempat untuk melengkapi Pelan Menghijau Singapura.

Ini sejajar dengan usaha negara untuk melengkapi pekerja dengan kemahiran relevan agar mereka dapat meraih manfaat daripada ekonomi menghijau sedang negara berusaha mencapai matlamat kemampanannya.

Singapura menetapkan matlamat menghasilkan 30 peratus keperluan makanan secara dalam negara menjelang 2030.

Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng memberitahu wartawan semalam bahawa sektor itu kini menggajikan sekitar 2,000 pekerja.

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Menjelang 2030, ia dianggarkan sekitar 4,700 pekerjaan baru dan direka semula, akan dihasilkan.

Daripada bilangan tersebut, sekitar 70 peratus dijangka diisi oleh pekerja berkemahiran dan golongan karyawan profesional, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET).

"Antara pekerjaan baru termasuk ahli agronomi, pakar penghasilan dan pengurus ladang.

"Peranan baru itu memerlukan pekerja untuk mempunyai keupayaan dalam bidang seperti sains, teknologi infokom, kejuruteraan dan matematik," katanya.

Meskipun CCP akan memanfaatkan sekitar 100 pekerja dalam masa dua tahun akan datang, akan terdapat rancangan untuk meluaskan program itu jika permintaannya tinggi, kata Dr Tan.

Di bawah CCP teknologi pertanian, pemegang diploma dan ijazah, akan dilatih sepanjang enam bulan sebagai pakar teknologi pertanian bagi peranan seperti pengurus ladang atau jurutera, saintis tanaman dan agronomi atau pakar pengurusan tanah.

Pekerja bukan PMET pula boleh menjangkakan pekerjaan sebagai pengendali teknologi pertanian seperti penyelia, teknisyen ladang dan eksekutif pengendali selepas latihan selama tiga bulan.

Pekerja baru di bawah CCP akan diambil bekerja bagi sekurang-kurangnya setahun dan akan menerima gaji bulanan minimum sebanyak $2,500 sebagai pakar teknologi pertanian atau $2,000 sebagai pengendali teknologi pertanian.

Sehingga Januari ini, 15 syarikat telah melahirkan minat untuk menggajikan pekerja di bawah CCP teknologi pertanian.

Syarikat pengilang makanan dan minuman, Sustenir Agriculture berminat untuk menggajikan lapan orang dalam tahun-tahun mendatang melalui program itu.

Kata ketua eksekutifnya, Encik Jack Moy:

"CCP bertepatan dengan sasaran kami, sedang kami membawa masuk automasi dan mahu mempertingkatkan produktiviti.

"Justeru, kami akan memanfaatkan CCP untuk mencari pakar teknikal atau ketua pasukan.

"Dan dalam usaha kami memperluas impian kami untuk melakukan lebih banyak di sini dan di rantau ini, pastinya kami mahu meningkatkan bilangan tersebut (menggajikan lapan orang).

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map