Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sehingga 3,000 pekerja pengurusan sisa bakal raih faedah model gaji progresif baru

Jan 26, 2021 | 08:21 PM



SEBUAH jawatankuasa telah dibentuk bagi membangun dan melaksanakan tangga pendapatan dan latihan bagi pekerja setempat dalam sektor pengurusan sisa.



Kelompok Tiga Pihak bagi Pengurusan Sisa ini akan menaikkan pendapatan dan memperbaiki kesejahteraan pekerja berpendapatan rendah dalam sektor ini menerusi model pendapatan progresif (PWM), kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Selasa (26 Januari).



MOM berkata PWM bagi sektor pengurusan sisa ini mulanya diusulkan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) tahun lalu dan akan meliputi keperluan 3,000 pekerja setempat apabila ia dilaksanakan.



Jawatankuasa baru ini terdiri daripada wakil daripada gerakan buruh, majikan, persatuan industri, pembeli khidmat dan pegawai pemerintah. Ia menetapkan matlamat memberi usulan pada separuh kedua tahun ini, jelas MOM.



Ia juga akan membangun tangga kerja, keperluan latihan dan tanda aras bagi sektor ini, jelas MOM lagi.



Jawatankuasa ini akan dipengerusikan pengarah operasi dan pengerahan NTUC, Encik Fahmi Aliman dan dipengerusikan bersama Timbalan Setiausaha Kehormat Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF), Encik Felix Loh.



Sebagai tangga pendapatan, PWM akan menyediakan laluan kemajuan kerjaya lebih jelas bagi pekerja dalam sektor ini. Bagi memperbaiki pendapatan mereka, pekerja harus melalui latihan berstruktur bagi mempertingkatkan kemahiran mereka. 



Model PWM kini meliputi industri keselamatan, pembersihan dan landskap.



Pemerintah menerima saranan jawatankuasa serupa bagi industri lif dan tangga bergerak pada 2018 dengan PWM bagi sektor ini akan berkuat kuasa mulai 2022.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >