Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Sehingga separuh tugas khidmat awam boleh dilakukan dari rumah

Jul 06, 2022 | 05:30 AM



SEHINGGA separuh pekerjaan dalam perkhidmatan awam dinilai boleh dilakukan dari rumah, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam.



Menjawab soalan Parlimen oleh Anggota Parlimen (AP) pembangkang, Profesor Madya Jamus Lim (GRC Sengkang), Encik Chan berkata perkhidmatan awam telah menerajui langkah dan beralih ke aturan kerja baru sejak Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 mengumumkan kesemua kakitangan boleh kembali ke tempat kerja mulai 26 April lalu.



Dalam jawapan bertulis kelmarin, Encik Chan berkata bagi pegawai yang boleh melakukan tugas dari rumah boleh berbuat demikian untuk purata dua daripada lima hari seminggu.



"Agensi perkhidmatan awam boleh menentukan cara terbaik untuk melaksanakan perkara ini, sejajar dengan pertimbangan operasi mereka," kata beliau.



Selain bekerja dari rumah, perkhidmatan awam juga membolehkan pegawai membahagikan waktu kerja mereka jika keadaan kerja mengizinkan, tambah Encik Chan.



Misalnya, pegawai boleh mula bekerja sebelum atau lebih lewat daripada waktu mula kerja biasa, dan menyelesaikan kerja lebih awal atau lewat.



Encik Chan berkata fleksibiliti sedemikian adalah bermanfaat bagi mereka yang mempunyai tanggungjawab penjagaan di rumah.



Bagi pekerjaan dengan langkah bekerja dari rumah atau waktu kerja yang dibahagikan tidak praktikal, agensi perkhidmatan awam boleh melaksanakan fleksibiliti dan membincangkan bentuk aturan kerja fleksibel lain bersama pegawai yang memerlukannya, jika boleh dilaksanakan secara operasi.



Encik Chan berkata Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) telah mengeluarkan garis panduan untuk mengukuhkan jangkaan standard pekerjaan dan menggalak amalan penyeliaan baik, seperti pengurusan prestasi berdasarkan hasil, demi memastikan Perkhidmatan Awam terus memberikan piawaian yang tinggi dalam persekitaran kerja baru.



"Perkhidmatan Awam berusaha menegakkan piawaian, keberkesanan dan produkviti perkhidmatannya sementara mempertingkat kesejahteraan pegawai kami.



"Sebagai sebuah pertubuhan yang tangkas, kami akan terus menyemak dan mempertingkat cara kami bekerja sedang landskap operasi berubah," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >