Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR SYAWAL

Seimbangkan makanan manis dengan air putih

Duta Sihat HPB turut sediakan hidangan sihat untuk tetamunya sama ada pada musim Raya mahupun hari biasa
Jun 14, 2019 | 05:30 AM



PASTI ramai daripada anda yang akan menjamu selera hujung minggu ini di rumah terbuka saudara-mara atau kawan-kawan sempena Hari Raya.



Namun begitu, adalah penting untuk memastikan bahawa anda tidak makan secara keterlaluan.



Bagi Cik Dang Ayu Mohamed Aris, 45 tahun, ia sudah menjadi satu kebiasaan baginya mengamalkan pemakanan sihat pada musim Raya ini.



Beliau sering membataskan pemakanannya di setiap rumah yang dikunjungi, mengambil lebih sayur dan mengurangkan kuah, misalnya apabila makan lontong berkuah lodeh.



Apabila tuan rumah mempelawanya tambah makanannya, beliau biasanya memberi alasan sudah kenyang.



"Oleh sebab musim Raya kita biasanya banyak makan kuih yang manis, maka kita harus seimbangkan dengan banyak minum air putih," kata ibu dua anak itu.



Bukan itu sahaja, sebagai tuan rumah, beliau juga menyediakan makanan lebih sihat kepada tetamunya.



"Saya sediakan air putih atau teh bunga dengan simbol Healthier Choice, dan juga kacang bakar untuk tetamu" tambahnya lagi.



Bahkan, anggota keluarganya juga ikut serta dalam gaya hidup sihatnya.



Kata Cik Ayu lagi, beliau akan gunakan bahan-bahan lebih sihat apabila memasak juadah buat seisi keluarga.



"Saya juga akan bersenam dengan anak perempuan saya di trek berdekatan rumah saya," kata Cik Ayu yang sering berjalan pantas (brisk walk) dengan anak perempuannya yang berusia 20 tahun.



Di rumahnya terdapat sebuah ruang kecil khas untuk kesemua anggota keluarganya bersenam.



"Walaupun sibuk bekerja dan beraya, kita harus mencari masa untuk bersenam kerana ini adalah gaya hidup," katanya.



Beliau juga giat melakukan pelbagai jenis senaman - dari zumba, kick-boxing hingga aerobik.



Beliau bersenam empat hingga lima kali seminggu.



Cik Ayu mula mengamalkan gaya hidup sihat pada 2011 apabila berat badannya semakin meningkat dan beliau mudah berasa penat, malas dan tidak bertenaga.



Pada masa itu, doktor keluarganya juga menggalakkan beliau agar menurunkan berat badannya.



Keadaan ibu dan bapa Cik Ayu yang menghidapi kencing manis, darah tinggi dan kolestrol tinggi juga serba sedikit menggalakkan Cik Ayu untuk mula mengamalkan gaya hidup sihat.



Kini, beliau seorang Duta Sihat Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) dan juga seorang jurulatih kecergasan.



Nasihatnya untuk orang ramai yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat adalah untuk mula secara perlahan-lahan, kurangkan makanan berminyak, makanan dan minuman manis dan pilih makanan yang mempunyai simbol Healthier Choice.




NIIKMATI SAJIAN HARI RAYA DENGAN CARA SIHAT



- Pilih minuman kurang gula dengan simbol 'Healthier Choice'



- Tambahkan hirisan buah-buahan ke dalam jag air putih untuk memberikan perisa buah-buahan



- Sediakan buah-buahan dan snek sihat di samping kuih Raya



- Gunakan resipi yang lebih sihat untuk juadah Raya



- Gantikan bahan-bahan sedia ada dengan bahan-bahan yang lebih sihat



- Gunakan bijirin penuh dalam masakan, kerana ia lebih sihat dan mengenyangkan



- Guna sayur-sayuran berwarna-warni ke dalam lauk Raya, seperti lada benggala, lobak dan tomato



- Makan dengan sederhana, atau sedikit sahaja dan elakkan daripada menambah sajian



- Kurangkan kuah dan sos



- Makan secara perlahan kerana badan kita mengambil masa sekitar 20 minit untuk 'mengenal pasti' bahawa kita sudah kenyang




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >