SEMANGAT membantu golongan susah dalam Ramadan dan simpati terhadap pekerja asing yang dikuarantin di dormitori dek koronavirus Covid-19 mendorong seorang peniaga memulakan satu usaha membantu mereka dalam tempoh mencabar ini.
Cik Zarifah Yahaya pengarah urusan SERI.SG, sebuah syarikat pelancong kecil, berkata beliau terkesan dan berasa ada keperluan memberi bantuan seperti sejadah, Al-Quran dan juga pakaian kepada pekerja asing itu.