Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sejarah Geylang Serai diketengahkan di Galeri Warisan Geylang Serai

Jan 26, 2019 | 08:08 PM



DARI manakah datangnya nama Geylang Serai?



Istilah ‘Geylang’ berasal daripada Sungai Geylang, manakala ‘Serai’ merujuk kepada tumbuh-tumbuhan serai yang ditanam di kawasan itu.



Inilah antara sejarah Geylang Serai yang diketengahkan di Galeri Warisan Geylang Serai yang dibuka secara rasmi hari ini (26 Jan).



Terletak di tingkat satu Wisma Geylang Serai (WGS), ia merupakan galeri Lembaga Warisan Negara (NHB), dan dibangunkan Taman Warisan Melayu dengan kerjasama Yayasan Warisan Melayu.



Ia juga galeri masyarakat pertama NHB yang dilancarkan di bawah Pelan Warisan SG Kita (Our SG Heritage Plan).



Di bawah pelan ini, ia bertujuan menggalakkan perancangan warisan sebagai sesuatu yang diusahakan bersama dengan masyarakat, dan dalam pada itu membuatkan ia lebih mudah diakses warga Singapura di serata pulau ini.



Galeri ini terdiri daripada tiga seksyen, yang pertama tentang sejarah awal Geylang Serai, pada tahun 1920-an dan 1930-an.



Yang kedua tentang bagaimana Geylang Serai berubah menjadi moden, dan terakhir sekali memberi tumpuan kepada acara sosial yang unik kepada masyarakat Melayu.



Galeri ini dibuka dari hari Selasa hingga Ahad, dari jam 10 pagi hingga enam petang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >