Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sejarah Geylang Serai melalui paparan kanvas

Apr 18, 2022 | 05:30 AM



ORANG ramai kini boleh mempelajari sejarah Geylang Serai menerusi satu paparan seni kanvas yang menghiasi susur jalan kawasan nadi masyarakat Melayu itu.



Paparan seni kanvas sepanjang 550 meter itu, yang bertemakan warisan Geylang Serai dari 1950-an hingga ke masa kini, telah dilancarkan semalam.



Kanvas awam itu boleh dilihat di susur jalan sepanjang Geylang Serai Road dan Geylang Road.



Ini merupakan paparan seni kanvas awam yang kedua diusahakan oleh jabatan kawasan Wisma Geylang Serai.



Ia bertujuan memberi nafas baru kepada Kawasan Budaya Geylang Serai dan meningkatkan pengalaman pengunjung ke kawasan itu.



Paparan seni terkini itu menggantikan paparan lukisan batik masyarakat di susur jalan yang sama di Geylang Serai sejak tahun lalu.



Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman hadir melancarkan paparan seni kanvas awam terkini itu di Wisma Geylang Serai petang semalam.



Dr Maliki, yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), berkata paparan seni itu dapat memberi pengunjung sekilas sejarah Geylang Serai melalui interpretasi lukisan 37 pelajar dari tiga sekolah yang terlibat dalam projek itu.



"Dan apa yang menggembirakan adalah karya ini dihasilkan pelajar, yang bukan saja berbangsa Melayu, malah Cina, India dan juga pelajar asing dari tiga sekolah, yang mengeksepresikan pemahaman mereka mengenai sejarah dan budaya Geylang Serai melalui lukisan," tambahnya.



Dr Maliki juga berkongsi bahawa terdapat rancangan untuk menjadikan paparan seni kanvas awam itu satu acara tahunan.



Tiga sekolah yang menggembleng tenaga dalam kanvas awam kali ini ialah Sekolah Menengah Bartley, Sekolah Tinggi Chung Cheng dan Maktab Seni Lasalle.



Setiap sekolah ditugaskan melukis mengenai satu tempoh era sejarah Geylang Serai.



Antara pelajar yang terlibat adalah Amos Chew, 16 tahun, dari Sekolah Tinggi Chung Cheng.



Mengongsi pengalaman melukis sejarah Geylang Serai pada 60-an hingga 70-an, beliau berkata:



"Saya menikmati proses membuat kajian tentang sejarah Geylang Serai. Ia memberi saya pemahaman baru tentang kawasan ini dan melukisnya membuat saya seperti berada di zaman itu."



Lukisan itu mengambil masa empat bulan untuk dihasilkan dan ia dilukis sebagai sebahagian daripada pembelajaran subjek kurikulum di sekolah. Perbincangan bersama sekolah dan para pelajar bermula sejak tahun lalu.



Guru Sekolah Menengah Bartley, Cik Radiana Raza Ali, yang menggalak pelajarnya dari Kelab Usahawan untuk menyertai projek itu, pula berkata:



"Saya dilahirkan dan dibesarkan di Geylang Serai. Jadi, saya akan berkongsi dengan para pelajar apa ciri perbezaan yang dulu dan sekarang... Projek ini tidak hanya menunjukkan kemahiran artistik dan kreativiti pelajar, malah memberi mereka kesedaran tentang etnisiti lain, terutamanya masyarakat Melayu."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >