Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sejarah lanun dan pokok getah warnai Jejak Warisan Jurong

IRMA KAMARUDIN
Apr 21, 2015 | 11:30 AM



BILA sebut sahaja estet perindustrian Jurong, pasti ramai yang kenal dengan kilang dan pelabuhan kapal di kawasan itu.


Namun, ramai yang mungkin tidak tahu bahawa estet tersebut suatu masa dahulu merupakan tempat persembunyian lanun dan juga tempat ladang pokok gambier dan pokok getah.


Kini, orang ramai berpeluang mengenali sejarah kawasan Jurong itu secara lebih mendalam dengan adanya satu jejak warisan baru yang akan dilancarkan di situ.


Jejak Warisan Jurong itu - jejak warisan ke-13 Lembaga Warisan Negara (NHB) - dibangunkan dengan kerjasama rapat Jawantankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Taman Jurong.


Jejak itu menampilkan 12 tapak warisan bertanda yang dipasang di pelbagai tapak penting di Jurong.


Ini termasuk Jurong Hill, yang menampilkan Garden of Fame di mana para pemimpin negara, seperti Permasuri Elizabeth II dari Britain, pernah kunjungi untuk menanam pokok; dan bekas Panggung Wayang Pandu Masuk Jurong, satu-satunya panggung wayang pandu masuk di Singapura.


Jejak Warisan Jurong akan dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Encik Tharman Shanmugaratnam, yang juga penasihat pertubuhan akar umbi GRC Jurong, di Kelab Masyarakat Taman Jurong Sabtu ini sebagai sebahagian daripada Singapore HeritageFest 2015.


Demi melengkapi pengalaman jejak warisan itu, orang ramai juga boleh mendapatkan sebuah buku terbitan NHB yang mengandungi maklumat tentang 35 tapak dan ruang di Jurong, termasuk 12 tapak warisan bertanda itu, serta maklumat tentang warisan Jurong sejak zaman prapenjajahan.


Buku Jejak Warisan Jurong itu boleh didapati di Kelab Masyarakat Taman Jurong atau dimuat turun di lelaman http://heritagefest.sg/explore-heritage/jurong-heritage-trail




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >